TAHNIAH - AKTIVIS MUDA DIKETUAI ADAM ADLY SERTAI KEADILAN.



Kita masih ingat, pada 13 Mei 2013, Adam Adli ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.

Beliau ditahan pada 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[2] Adli digari di pejabatnya di Bangsar dan didakwa mengikut Akta Hasutan dan disiasat di bawah Seksyen 125b Kanun Keseksaan kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia. Pada 19 Mei 2013, Adli telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penangkapannya kerana menghasut. Dikatakan, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum 13 Mei. Adam Adli telah dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 23 Mei 2013 di Kuala Lumpur.

Hari ini, anak muda bekas pemimpin mahasiswa tersebut secara sahnya telah menyertai KEADILAN bersama lebih 20 orang lagi anak muda termasuk wanita muda. Satu lagi suntikan buat KEADILAN yang membuktikan bahawa KEADILAN kini telah menarik minat golongan muda kerana prinsip dan dasarnya tidak pernah berubah iaitu untuk memperjuangkan keadilan, melawan kezaliman dan melaksanakan reformasi.

Pengumuman beliau bersama beberapa wakil anak muda telah diadakan di HQ Keadilan bersama Presiden, DSAI dan Ketua AMK, YB Akmal Nasir. Tahniah, anak muda !!

WFAUZDIN NS

No comments: