ANAK MUDA JANGAN MUDAH DIBELI DENGAN JERSEY BOLA SEBAGAIMANA ORANG BODO TERIMA KAIN PELIKAT DAN SEKAMPIT BERAS UNTUK MENGUNDI

 

Jikalau org berumur dapat kain batik/pelikat sehelai, RM100 dah sia2kan undi 5 tahun angkat spesis penyamun, persuah, penipu, penunggang agama.

Ni yang 18 tahun, jangan la dapat jersey untuk main futsal korbankan 5 tahun usia kamu. Yang perempuan dpt pula tudung jenama artis. Banyak tu saja ke nilai hidup kamu?

Jadilah pengundi yang cerdik, jangan ulangi kesilapan mak ayah dulu. Susah2 mereka tak sesusah kamu. Dulu mereka tak payah bersaing dgn warga asing. Dulu walau susah, harga makanan murah. Dulu mereka banting tulang antar anak belajar, anak tamat belajar, dah boleh balas jasa mereka sebab ada kerja menanti. Dulu mereka dapat beli rumah walau kerja kerani. Dulu mereka hanya ada radio dan tv. Apa berita dari tv itulah yang mereka yakini dan terus beri undi.

Zaman sudah berubah, tidak sama dengan zaman ibu bapa lagi. Sekarang pelbagai info dihujung jari. Sekarang mesti punya halatuju, atau kamu akan terus teraba-raba, tidak pasti. Jangan sesekali ulangi kesilapan ibu bapa kamu lagi KERANA apa yang kamu rasai adalah kesan kesilapan mereka.

Tiada pekerjaan, lambakan pekerja asing, tiada simpanan, tiada peluang memiliki aset adalah hasil kesilapan dan kealpaan mereka memilih pemimpin yang tidak layak menjadi kerajaan. Mereka tergoda dengan pemberian yang sedikit lalu kuasa undi mereka disia-sia dan menangkan perompak penyamun yang menjarah negara. Jangan kamu ulangi kesilapan mereka kerana kesilapan kamu akan memusnahkan negara. Ayuh anak muda, buka mata, telinga, mulut dan minda. Sedarlah bagi segala masalah mesti ada punyanya. Pastikan anda ketahui punca agar undi yang anda buang tidak sia-sia. Hanya anda sebagai rakyat mampu menyelamat. Hanya anda mampu menyekat Malaysia dari pemimpin jahat. Mulakan dari sekarang, masa jangan dibuang disia-sia. Buatlah persediaan agar undi yang anda buang tidak mengkhianati diri anda.

 

No comments: