Chong Wei sumbang RM243,000 kos projek Hospital Bukit Mertajam

 

Bekas pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah menyumbang sebanyak RM243,000 bagi keperluan menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam untuk merawat pesakit Covid-19.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkongsi berita gembira itu di Facebooknya sebentar tadi dan memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah bermula.

Projek pembinaan bermula hari ini dan dijangka mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Selepas siap, HBM akan mempunyai tambahan 32 katil Covid-19.

“Beberapa minggu yang lalu, saya telah berbincang dengan Dato’ Wira Lee Chong Wei tentang keperluan menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk merawat pesakit Covid-19.

“Selepas perancangan dengan pihak HBM, hari ini kerja-kerja pembinaan bermula,” kata beliau.

Steven berkata, dengan pembinaan baru ini, HBM akan mempunyai tambahan 32 katil.

Dr Goh pengarah HBM dan Dr Lyana ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma memberikan taklimat kepada saya dan YB Dr Kelvin Yii tentang pengurusan kes-kes Covid-19 di HBM.

Dengan peningkatan kapasiti ini, katanya membolehkan kes-kes Covid-19 yang serius mendapat rawatan awal di sini sementara menunggu ICU di Hospital Pulau Pinang.

“We must do everything to prevent more death!

“Terima kasih Yayasan Lee Chong Wei yang menyumbang penuh kos projek sebanyak RM243,000,” ujar beliau.




No comments: