STEVEN SIM
Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah DYTM Raja Muda Perlis,
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, atas perkenan Tuanku menjemput patik
mengiringi kayuhan menyerahkan bantuan kepada asnaf di sekitar Perlis.
Ini kali kedua saya berpeluang berbasikal bersama Tuanku. Sambil
membantu golongan susah, dapat juga menikmati pemandangan yang indah di negeri
Perlis.
Saya boleh nampak Tuanku begitu disayangi rakyat kerana sering
turun padang menyantuni masyarakat tanpa banyak protokol. Pelbagai masalah
rakyat berjaya diselesaikan apabila Tuanku sendiri turun padang.
Cara Tuanku mendekati rakyat menjadi inspirasi kepada saya. Jika
Raja Muda sendiri turun padang, sebagai wakil rakyat lagi-lagilah saya patut
mengikut jejak Tuanku untuk berkhidmat kepada rakyat.
Saya berjanji kepada Tuanku bahawa saya akan terus berusaha
membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Tuanku selalu menekan kepada keharmonian kaum dan agama.
Begitulah Institusi Raja negara kita menjadi perekat sosial ataupun
"social glue" menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama.
Saya sempat menyerahkan 50 buah laptop untuk diberikan kepada
para pelajar di sekolah-sekolah di negeri Perlis. Dengan pengumuman terbaru
kementerian pendidikan untuk kembali kepada pembelajaran online, semoga
sumbangan kecil ini dapat membantu anak-anak kita dalam pelajaran mereka.