KAH..KAH...KAH.APA PUNYA BANGGANG LA JADI MENTERI KEHAKIMAN....

 

Jawatankuasa Khas Bebas bukan pengganti Parlimen, Azalina tegur Takiyuddin

Azalina mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Bebas 2.0 terdiri daripada Ahli Parlimen dan dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan peranan Parlimen sepanjang darurat.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat memainkan peranan yang berbeza sama sekali dengan Parlimen dan ia tidak sepatutnya menggantikan peranan Parlimen yang digantung sepanjang darurat.

Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman, berkata Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi bagi kerajaan Persekutuan meluluskan dan meminda undang-undang Persekutuan, memeriksa dan menyoal dasar kerajaan.

“Sebaliknya, Jawatankuasa Khas Bebas hanya sekadar menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada darurat perlu diteruskan atau tidak,” kata timbalan Speaker itu dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, bahawa sebarang pandangan boleh disalurkan melalui mana-mana saluran seperti Jawatankuasa Khas Bebas.

Untuk itu, Azalina mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Bebas 2.0 terdiri daripada Ahli Parlimen dan dipengerusikan Speaker Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan peranan Parlimen sepanjang darurat.

“Sekiranya (Ahli Parlimen) Kota Bharu (Takiyuddin) membayangi bahawa Jawatankuasa Khas Bebas akan menggantikan peranan dan fungsi Parlimen, tidakkan Kota Bharu merasakan lebih baik suatu ordinan dimasyhurkan supaya suatu Jawatankuasa Bebas 2.0 ditubuhkan bagi memainkan peranan tersebut?

“Jika ya pun, pendapat boleh disalurkan kepada Jawatankuasa Khas Bebas, tindakan Kota Bharu merasakan bahawa terma rujukan baru yang diperkenalkan atau dipinda supaya proses bagi penyaluran cadangan dan pendapat dapat dilakukan?” soalnya.

Tambahan lagi, katanya, Ahli Parlimen dan rakyat tidak mempunyai akses kepada prosiding mesyuarat yang diadakan antara ahli Jawatankuasa Khas Bebas dan Jawatankuasa Khas Bebas tidak menjalankan siasatan atau inkuiri berdasarkan pendengaran awam yang disiarkan di media massa.

Sehubungan itu, beliau berpendapat keputusan kerajaan menggantung Parlimen melalui Seksyen 14 Ordinan Darurat No 1 secara langsung dan tidak langsung menjejaskan kesinambungan dan kelestarian doktrin pemisahan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen negara.

“Tidakkah sistem demokrasi berparlimen dalam negara seolah-olah tidak lagi wujud memandangkan badan Eksekutif bukan lagi bertanggungjawab terhadap Parlimen?

“Jika Eksekutif seakan-akan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen selaras dengan konsep sistem demokrasi berparlimen, kepada siapa badan Eksekutif bertanggungjawab?” soalnya.

Takiyuddin kelmarin menyatakan kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil pada masa sesuai, sama ada sebelum atau selepas perintah darurat tamat pada 1 Ogos depan.

Beliau berkata, semua pihak, termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran ditetapkan, seperti melalui Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.

Parlimen dijadual digantung selama enam bulan 20 hari hingga 1 Ogos susulan perisytiharan darurat pada 12 Jan.




No comments: