Melihat reaksi marah UMNO terhadap kenyataan Hadi, Ketua Penerangan PAS cuba ‘cover line’ balik

 

Melihat reaksi marah UMNO terhadap kenyataan Hadi, Ketua Penerangan PAS cuba ‘cover line’ balik

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN) tidak membawa maksud mereka menolak muafakat bersama UMNO.

Menurut Laporan FMT, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Abdul Hadi menjelaskan bahawa pendirian Pas sebelum ini ialah memperkukuh Muafakat Nasional bersama UMNO dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

“Bukan (Pas tolak atau mahu keluar Muafakat Nasional). Pendirian kita masih jelas memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional dan juga apa sahaja agenda yang berada di sebalik tertubuhnya Muafakat Nasional.

“Apa yang dimaksudkan presiden ialah Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional hanya merujuk kepada apa saja cubaan untuk memecahbelahkan ummah,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, Muafakat Nasional didirikan atas piagam Muafakat Nasional dengan matlamat dan objektif yang jelas.

“Jadi asas kepada Muafakat Nasional (adalah) perpaduan. Apa sahaja perkara menjurus kepada perpecahan maka ia sudah melanggar piagam Muafakat Nasional, itu maksudnya,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kamaruzaman berkata, Pas akan berusaha bagi mendamaikan kedua-dua parti itu.

“Dunia belum kiamat. Selagi dunia belum kiamat segalanya adalah mungkin dan Pas akan terus pertegas dan memperteguh usaha penyatuan ummah ini dan paling pentingnya mempertemukan UMNO dan PPBM (Bersatu),” katanya. 







No comments: