INI GADUH ANTARA UMNO PAS GAMAKNYA NIH...KAH...

 

Gaduh di kedai makan, polis buru 3 lelaki disyaki terlibat

Polis meminta tiga lelaki berkenaan atau mana-mana saksi tampil memberi keterangan.

PETALING JAYA: Polis memburu tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Sejak semalam tular sebuah rakaman video berdurasi 31 saat memaparkan seorang lelaki berbaju hitam dilihat bergaduh dengan dua lelaki berpakaian kelabu dan hijau di sebuah kedai makan.

Kelihatan dalam video itu salah seorang daripada mereka bertindak ganas menghentak kepala mangsa beberapa kali menggunakan topi keledar sebelum beredar dengan menaiki sebuah motosikal.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Abdul Rahim Daud berkata, polis membuat laporan selepas rakaman berkenaan tular.

“Setakat ini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak dan usaha mengesan mereka giat dijalankan,” kata beliau.

Balai Polis Daerah Kota Bharu ketika dihubungi FMT berkata, setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, polis meminta tiga lelaki berkenaan atau mana-mana saksi tampil memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.




No comments: