Panas! Guan Eng kata PAS hipokrit

 


Panas! Guan Eng kata PAS hipokrit

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan pendirian PAS yang menyokong penangguhan penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, sebagai hipokrit.

Lim berkata, pendirian itu tidak selari dengan PAS yang menerima ahli parti semuda 13 tahun.

Katanya lagi, parti itu juga tiada masalah dengan usia perkahwinan bawah 18 tahun.

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyuarakn sokongan terhadap penangguhan Undi 18, antaranya dengan mengatakan penetapan kelayakan mengundi pada usia itu berpandukan konsep demokrasi ciptaan Barat.

“Jelas Hadi tidak jujur ketika dia mengundi pelaksanaan Undi 18 dalam Parlimen dan kemudian membuat pusingan U dengan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi politik.

“Pada masa sama, golongan muda dianggap sudah cukup matang untuk memandu dan malah berkahwin di bawah usia 18 tahun. PAS dan Hadi tiada bantahan dengan remaja lelaki dan perempuan bawah 18 tahun untuk berkahwin…Usia itu dianggap sudah cukup matang untuk berkahwin tetapi tidak untuk mengundi.

“Apa yang lebih hipokrit adalah PAS terima ahli semuda 13 tahun, yang boleh mengundi dalam mesyuarat parti,” katanya dalam kenyataan.

Pada 25 Mac lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pelaksanaan Undi 18 serta pendaftaran automatik terpaksa ditangguhkan sehingga selepas Sept 2022 atas dasar persediaannya terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini bermakna warga berusia 18 hingga 20 tahun tidak akan dapat mengundi pada PRU15 jika ia dilaksanakan pada Ogos ini, iaitu selepas tamatnya darurat.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan juga pernah membayangkan dasar itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Akhir bulan lalu, sejumlah aktivis mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen berhubung penangguhan itu. Beberapanyak ini dalam siasatan polis.

Lim berkata, semua ahli Parlimen yang menyokong Undi 18 sebelum ini perlu menyuarakan bantahan terhadap sebarang siasatan pihak berkuasa.

“Kesemua ahli Parlimen yang mengundi di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk meminda had umur mengundi kepada 18 tahun perlu menentang siasatan polis terhadap perhimpunan aman tersebut.

“Anak muda kecewa kerajaan PN yang tidak menepati janji untuk melaksanakan Undi 18 pada Julai 2021, namun ditangguhkan pada September 2022 seperti diumumkan oleh SPR,” katanya.







No comments: