NAK LIHAT RUU 355 LAKSANA MACAMANA KALAU YANG INI PUN DIAM BISU...

 

Menteri agama ‘kunci mulut’ keputusan mahkamah berkait seks luar tabii

Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kanan) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee menunjukkan pengesahan mereka divaksin di luar Pejabat Kesihatan Presint 11, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri terus “mengunci mulut” berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang undang-undang syariah mengenai seks luar tabii tidak berperlembagaan.

“Saya tidak mahu ulas lagilah kerana mahu bercakap bab vaksin Covid-19 dulu hari ini,” katanya selepas menerima suntikan vaksin itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee di Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan Selangor tidak mempunyai kuasa meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata, hanya Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Katanya, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, bercanggah Perlembagaan Persekutuan, bahkan Seksyen 28 juga dilihatnya tidak konsisten dan tidak sah.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli menasihatkan golongan anti-vaksin melihat secara mendalam impak vaksinasi kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Kami juga mengajak mereka sama-sama berlapang dada dan buat yang terbaik untuk diri kita yang akhirnya akan menatijahkan kebaikan kepada keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

“Kita boleh fikir sendiri lebih meluas lagi dan insya Allah kita akan menemui jalan penyelesaian terbaik.”


No comments: