Tora Datang Lagi Dengan Sertu Yang Baharu.

 

Tora Datang Lagi Dengan Sertu Yang Baharu.

 

1) Saya tak tahulah kalau tutup Parlimen dan buat perutusan lebih 40 kali dalam kata TV tapi lari dari wartawan itu sebagai fit dalam kriteria menguruskan negara

2) Orang lain mereka berani terus cabut jubah neutral dan masuk dalam politik, bukan acah-acah sertu dari luar lepas apa yang di jamin tak jadi cuci tangan dan mula pula dengan sertu baharu

4) Kritik dan bersangka buruk perkara yang berbeza. Siapa yang kata Anwar rakus nak jadi PM tapi SSST sendiri sertu Din Pagoh yang namanya tiada dalam perjanjian? Lepas tu habis Allah timpakan ujian ke seluruh negara akibat dari pengkhianatan dan lantik orang yang cluless dan tidak tahu apa-apa pegang amanah? Ingat tentang mereka yang rakus mengejar jawatan wahai SSST

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)

5) Jadi ketegangan kaum waktu itu, siapa Menteri Keselamatan dalam Negeri yang sengaja biar isu isu perkauman membara tanpa ada apa tindakan? Ini zaman Kerajaan melayu isle, sikit2 akta hasutan yang di revive dari kubur. Sujud dalam Gudwara pun masih belum terancam, liwat tak boleh bicara di mahkamah syariah pun masih berbincang secara ilimiah kan? Kenapa tak mahu demo? BMF mana? RUU355 mana?

6) Memang lah reda ketengangan kaum, sebab tukang hasut semua sudah jadi kerajaan. Tak ingat ke? Orang yang mati pun jadi modal berhimpun? Padang Merbuk jadi saksi para kazzab berdusta hendak gazet RUU355, Judi, arak, pemabuk langgar orang, adakah sudah selesai? Zaman PN, pemabuk siap langgar Polis lagi, tapi apa SSST buat? Betul ker tak ada bincang? Cer cerita macam mana Musa Aman boleh bebas penuh dan bukan DNAA? Kalau orang itu ada agama, dia tidak sesekali akan berkhianat.

7) Kira nak kata sokong PN ni adalah mudarat yang paling ringan la? Ni sertu baharu ke apa? 72 kabinet mangkuk yang auto-pilot, SOP flip flop, parlimen prorogue sesuka hati, pelabur lari, indeks rasuah makin teruk, banding dengan Zibabwe ke apa? Macma mana SSST kata itu pilihan yang ada? Kiranya itu logik SSST:

Antara Menteri Air Suam dan Dr Dzul, lebih aula pilih Menteri Air Suam?

Antara Rinamon dengan Kak Wan, lebih bagus pilih Rinamon?

Antara Mazlee Malik dan Menteri Buka tutup sekolah, better pilih Menteri Buka tutup sekolah?

Antara Mentega sibuk dengan bola dengan Dr Mujahid, better Mentega?

Antara SSadiq dengan Menteri Masuk 10 cuci 30, better pilih menteri kaki mesin kuda?

Antara makanan haram yang sedap dan yang halal tapi tak ada garam, better pilih yang haram?

Pilihan itu jadi limited bila kita hidup dalam bubble sendiri, bila SSST sudah bakar jambatan dengan kebenaran; memang option jadi limited. Kalau jujur pada ilmu, jujur pada jawatan Mopti pasti Allah akan tunjuk jalan keluar untuk mereka yang bertakwa.

8. Macam mana pula kata fitnah yang melanda hari ni bukan pilihan SSST? Setahun lepas bila SSST jumpa Din Pagoh memberi sertu, ada sesiapa yang paksa SSST sertu ke? SSST sendiri yang kata kerajaan PN ini bakal dapat rahmat; tapi bila sertu tak menjadi tukar pula kata ini bukan kerajaan impian. Walaun penat berdemo ke padang merbuk, tiba-tiba SSST kata ini bukan kerajaan pilihan?

Ada sebab kenapa Allah suruh sempurnakan perjanjian! Ini adalah salah satu daripadanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 3

9. Mudah mulut menutur kata "kurang mudarat" bila hujung bulan check akaun bank masuk duit gaji. Senang berkata-kata bila setiap petang ada makanan tersedia atas meja. Lembut lidah menyertu bila anak-anak SSST boleh berlajar online semua peranti lengkap.

Wahai SSST, bersaksilah bahawa pengkhianatan dan kerosakan yang terjadi pada hari ni, engkau adalah pemegang besar sahamnya. Engkau jamin apa yang engkau tiada pengetahuan di sisiNya; lalu habis menderita rakyat akibat dari menteri-menteri yang tak tahu buat kerja.

Ingat hadis Nabi di bawah ini wahai SSST Drmaza dan kenapa Allah banyak bagi ujian pada kerajaan Melayu Isle yang engkau jamin.

Ya Allah, siapa yang mengurusi satu perkara umatku, lalu ia menyulitkan umat, maka persulitlah ia. Dan siapa yang mengurusi perkara umatku, lalu ia memudahkannya, maka permudahlah ia. (H.R. Muslim).

WAllhua'lam

Oleh

Mohd Sharif Mohd Mukhlis



No photo description available.