DIAM LAH KAU....KES ENGKAU PUN LARI LINTANG PUKANG.KENAPA TAK BUAT LAPORAN POLIS ?

 


Panas! Mokhtar Senik kata jangan benarkan ‘orang luar’ yang mengatur PAS

Panas! Mokhtar Senik kata jangan benarkan ‘orang luar’ yang mengatur PAS

Pas masih ada ‘mak ayah’ iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kata Ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Beliau berkata, Pas boleh dikritik dan ditegur tetapi jangan sampai orang luar yang mengatur jemaah tersebut.

“Ramai yang minat untuk menjadi golongan pemikir tetapi tidak berminat untuk duduk dalam organisasi dan mahu kita mendengar kata-kata mereka berbanding ucapan pimpinan utama kita.

“Awas, mereka sanggup menghuru-harakan kita dengan mencipta pelbagai cerita dan spekulasi.

“Ini kerana, kaedah berkeluarga perlu untuk anak-anak menyelesaikan masalah dengan mak ayah dan bukan mencari jiran untuk membantu,” katanya pada Khamis menurut laporan Harakah Daily.

Sementara itu, Mokhtar berkata, dalam jemaah perlu untuk berjalan lurus dan bukan zig-zag.

“Cari redha Allah dan Rasul serta taat dan patuh kepada pemimpin. Ikut tanzim parti dan jangan banyak duduk sembang dengan musuh dan orang luar yang anti pimpinan dan parti kita, Insya-ALLAH kita tenang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas merasa bertuah kerana dianugerahkan presiden dan timbalan presiden yang terbaik untuk jamaah serta Mursyidul Am yang tawadhu.

Pada Rabu, tular dakwaan di media sosial bahawa wujudnya gerakan yang sedang berjalan bagi menjatuhkan Abdul Hadi.

Dakwaan itu juga menyatakan, berlakunya perpecahan dalam Pas yang kini terbahagi kepada dua kumpulan membabitkan kumpulan Pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Pro UMNO. 


No comments: