MOHD MUKHLIS
Saya dah kata dari 2016 lagi yang RUU355 ini scam politik hanya
untuk dapat kuasa, Tapi deme tak percaya, dema kapir kan orang yang kritik. Ini
ولعون sampai ke Mekah, rumah Allah tunggang RUU355. Tapi nak hairan apa dengan
Mekah, orang yang dah arwah pun depa tunggang demi modal politik. Sekali kena
tipu berjemaah, semua pakat tutup mulut macam kena scam piramid pakman telo.
Bentang, tangguh, baca tajuk, pastu olok2 tangguh, tak dan
bacaan ke dua. Nak undi pun tak sempat apa tah lagi nak bahas. Dah la bawak
usul persendirian, menteri mana yang bawa buat bacaan ke dua pun tak tahu; tapi
dah siap kapirkan orang. Ingat YDP PAS Padang Serai nak tanam Kak Wan kat
Jirat?
Lepas tu tangguh, balik kat airport pun dah di anggap wira.
Padahal apa pun tak mula lagi, undi pun belum. Ada ke orang celebrate
kemenangan perlawanan bola, sebelum wisel sepak mula oleh pengadil?
Depa bukan kisah pun RUU355 tu cacat, tak ada limit dalam
hukuman, depa tak kisah pun yang bab mahkamah syariah sendiri ada beza kuasa
dari mahkamah civil, depa tak kisah yang hakim mahkamah syariah gaji berbeza
dengan mahkamah sivil.
Depa ingat kalau laksana RUU355 terus dapat redha Allah. Sampai
5 tahun kena tipu, bentang tajuk lepas tu sendiri tangguhpun dah di angkat jadi
hero. Kena heret sampai ke padang merbuk turun dari pantai timur. Boleh pula
mereka salahkan Amanah dan DAP sebab tolak RUU355 padahal bentang pun belum?
Apa punya mewa boleh tahu siapa yang tolak dan siapa yang sokong kalau belum
bentang. Macam match final bola belum mula dia dah marah kata orang tak sokong.
Bila dah ada kuasa melalui istidraj, boleh kata RUU355 bukan
perkara utama. Nampak sangat RUU355 hanya untuk mempergunakan penyokong dan
penuhkan tabung milo. Ada tak lebai minta maaf?
Macam inilah sebab susah sangat hendak selesai; saya pun penat
ulang benda sama.
Moga yang di tipu dan yang menipu di kumpul bersama-sama di
akhirat. Cuma berdoalah yang di jamin dan yang menjamin tadi tidak akan
berlepas diri dari apa yang di jamin semasa di dunia.