Jangkitan Covid 19 di tempat kerja: Laksanakan protokol Tindak Balas Kecemasan

 


Jangkitan pandemik Covid 19 di tempat kerja, khususnya tapak binaan semakin berleluasa dan membimbangkan.

Sususan itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mahu kerajaan mencari cara berkesan menanganinya termasuk tegas menguatkuasakan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes

kecemasan sekiranya terdapat jangkitan.

"Kluster tapak binaan menunjukkan unjuran kenaikan kadar jangkitan yang tinggi. Sebagai contoh, Kluster Tapak Bina Damanlela mencatatkan hampir 3,000 jumlah kes keseluruhan setakat semalam.

"Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, saya telah membangkitkan persoalan berkenaan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan "kongsi" binaan.

"Soalan saya pada 19 November itu telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menter (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf. Beliau menyatakan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneliti dan merangka pelan menangani isu tersebut.

"Oleh itu, saya menyeru kerajaan terutamanya KPKT, KSM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak sekadar mengambil langkah-langkah di atas tetapi menguatkuasakan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes

kecemasan sekiranya terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan Covid-19 pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syed Ibrahim lagi, prosedur yang diamalkan sekarang kelihatan kurang berkesan seperti mana dapat dilihat kebelakangan ini, KPKT katanya hanya mewujudkan SOP yang dikenali sebagai Prosedur Permohonan Permit Sementara Bangunan bagi Rumah Pekerja dalam Tapak Bina.

Selain itu, kata Syed, Menteri KSM pula baru menggerakkan operasi serbuan meninjau penginapan pekerja tapak binaan. Seperti yang dilihat oleh menteri sendiri, keadaan asrama pekerja sangat daif dan lemah dari aspek pencegahan penularan wabak Covid-19.

"Kerajaan wajar memastikan majikan-majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja tapak binaan.

"Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan KKM, punca merebaknya Covid-19 ialah pekerja binaan di bawah sub kontraktor berpindah daripada satu tapak pembinaan kepada tapak yang lain, apabila projek sebelum itu telah selesai (memudahkan lagi jangkitan wabak)," kataya.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor berkenaan menyeru langkah segera dan berkesan diambil sebelum 'nasi menjadi bubur'.

 

No comments: