ANWAR IBRAHIM: DERITA MENGAJAR KITA
Derita harus mengajar kita. Orang tanya, Anwar pengalaman kamu
11 tahun keluar masuk penjara, ada belajar apa-apa tak?
Ada. Saya dengan penuh tawadhu’ menyatakan bahawa ia mengajar
saya lebih memaaf, lebih simpati tentang derita orang. Saya melihat satu persatu
pekerja asing dicambuk, dirotan, dan saya rasa sedih. Kalau saya lalu di
kawasan itu (di penjara), orang Indonesia bersuara, “Pak Anwar, tolong kami.”
Kerana dia datang cari rezeki yang halal, bayar kepada agen-agen pekerja asing
yang dibelakangnya adalah tokoh-tokoh politik yang kaya raya. Dia kehilangan
semuanya, yang dapat hanya pangkat sarjan di punggung kerana kesan rotan.
NGO SPH, Sertai Group WhatsApp Untuk Maklumat Terkini
https://chat.whatsapp.com/GctjsX8W34f6JViwOq1xAx
Saya lihat anak muda, umur sekitar 14-15 tahun direman selama 6
bulan, matanya lebam, kerana mencuri sepasang seluar jeans. Pada masa itu saya
lihat yang merompak billion naik jadi Tan Sri.
Tetapi kalau ia tak mengajar saya nilai yang lebih baik,
perasaan untuk berbuat sesuatu, mempertahan hak, kembali kepada jalur hukum dan
bukan untuk menindas, maka saya tidak ada nilai untuk kebaikan. Sebab itu bila
orang tanya, dulu saya bercakap kebebasan, menolak penindasan, tetapi kalau
tanya saya sekarang, saya lebih tegas, lenih tegar, lebih real menghayati ruh
perjuangan ini dari segi kebebasan, menolak keangkuhan dan rasuah, dan lebih
menyelami perasaan dan derita orang bawah.
Penjara ini sebenarnya tempat orang bawahan, orang besar-besar
ini golongan minoriti. 90% itu kelas bawahan. Cuma sekarang saja kita dengar,
Dato’, Dato’ Seri akan masuk. Tetapi saya ingin ingatkan bahawa saya value
freedom, hargai kebebasan, kerana orang yang dizalimi termasuklah Melayu,
India, Cina. Ada yang salah, tetapi tak setimpal dengan hukuman yang mereka
jalani. Curi jeans memang salah, tetapi tidak setimpal kena 6 bulan penjara,
dan kena belasah setengah mati.
(ANWAR IBRAHIM 2018)
I S L A H M E
D I A