JIKA ANWAR CUKUP BILANGAN MAJORITI, PERLU APA PM INTERIM?

 

Image may contain: 3 people, text that says "TAWAN PUTRAJAYA SEMULA! MANDAT RAKYAT"


Apa yang kebanyakan orang faham, PM Interim (sementara) ini hanya wujud kebiasaannya apabila situasi politik negara tidak menentu, tidak dapat dipastikan siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan tertinggi atau pun proses untuk melantik seorang PM itu terpaksa mengambil masa agak panjang atas sebab-sebab tertentu.

Pada bulan Feb yang lalu, Tun M pernah dilantik sebagai PM Interim setelah beliau meletakkan jawatan. Ini terpaksa dilakukan kerana ketika itu belum jelas adanya mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan telah mendapat sokongan majoriti. Waktu itu, PH sibuk mengumpulkan sokongan begitu juga dengan Muhyidin. Maka, sementara itu Tun M dilantik sebagai PM Interim sehinggalah masing-masing dipanggil ke Istana untuk menunjukkan sokongan. Apabila Tuanku berpuas hati dan merasakan telah ada seorang Ahli Parlimen yang mendapat majoriti, maka barulah diberikan tarikh untuk angkat sumpah sebagai PM.

Berbeza kali ini. Kali ini, Anwar Ibrahim sendiri telah memaklumkan kepada Istana bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti yang kukuh bagi membolehkan beliau mengambil semula kerajaan yang telah dirampas secara khianat itu. Beliau meminta agar PM untuk memberikan kerjasama meletakkan jawatan kerana telah kehilangan sokongan, kecuali Muhyidin membuktikan sebaliknya. Sehingga kini, Muhyidin tidak berupaya membuktikannya sedangkan rakyat dapat melihat satu persatu Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan tiada lagi sokongan terhadapnya.

Tiba-tiba muncul cerita akan ada PM Interim. Kita tertanya-tanya atas apa keperluan PM Interim ini di dalam keadaan salah seorang Ahli Parlimen telah menyatakan dirinya telah mendapat sokongan kukuh? Sebab itu saya tidak percaya cerita berkenaan PM Interim ini. Saya yakin, proses yang digunakan sewaktu Muhyidin diangkat sebagai PM dahulu akan dipraktikkan kali ini untuk menunjukkan bahawa keluhuran undang-undang dan keadilan itu dapat diperlihatkan.

Sebarang desakan atau cubaan untuk mempengaruhi Istana agar melaksanakan sesuatu yang berbeza dari amalan sebelum ini adalah dianggap satu penghinaan dan tidak kepercayaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku. InsyaAllah, kita perlu bersabar sedikit masa lagi untuk kita merayakan kemenangan mengambil semula hak kita yang telah dirompak itu.

#MuhyiddinOut

#AnwarIn

#DaulatTuanKu

WFAUZDIN NS