Tindakan sesetengah pihak yang masih mahu memfitnah Datuk Seri
Anwar Ibrahim dengan kes liwat seolah-olah sudah kehabisan modal.
Malah, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita
KEADILAN, Fadhlina Siddiq mempersoalkan niat sebenar pihak berkuasa memanggil
Anwar ke Bukit Aman semalam.
Keterangan polis itu juga berlaku beberapa hari selepas Anwar
bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan ahli
parlimen terhadapnya.
"Apa yang menimbulkan persoalan adalah, mengapa isu sodomi
juga dilibatkan sekaligus dalam satu siasatan?
"Sebagai warganegara, kita menjunjung tinggi keluhuran
perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang. Justeru, adalah wajar untuk
rakyat mempersoalkan keperluan mengheret fitnah sodomi ketika ini,"
katanya dalam kenyataan.
Fadhlina juga menggesa kepada semua pihak supaya menghentikan
perbuatan fitnah tersebut kerana ia tidak akan membantu memulihkan ekonomi
negara.
Katanya, negara masih bertarung dengan musuh yang tak terlihat
seperti wabak Covid-19, dengan rakyat bergelut untuk keluar dari kegelapan
kancah ekonomi.
"Saya menyeru agar kita tidak membenakkan lagi rakyat dengan
fitnah sodomi yang memberi implikasi negatif, bukan hanya kepada individu
tetapi masyarakat secara keseluruhan. Harus berapa banyak kebejatan sosial dan
istilah jijik yang dipamerkan hanya kerana ingin terus kekal di tampuk kuasa?
"Saya menyeru agar kita tidak membenarkan lagi rakyat dengan
fitnah sodomi, tuduhan liar dan terjebak dengan jenayah qazaf yg implikasinya
bukan sahaja kepada maruah individu tetapi masyarakat secara keseluruhan.
"Berhujahlah dengan matang dalam ruang demokrasi yang ada.
Fokus untuk merawat sara hidup dan ekonomi rakyat. Bukan meraih perhatian
melalui fitnah sodomi akibat kegagalan memimpin negara," katanya.