Gabungan Reformis Malaysia sokong Anwar PM 9
Kami, menyokong penuh keputusan Majlis Presiden PH pada 6 Julai 2020 yang bertekad dalam pendirian sebelum ini iaitu YB DSAI sebagai calon PM Malaysia ke 9. Ini sejajar dengan aspirasi perjuangan rakyat sejak awal melalui gerakan reformasi selama lebih dari 20 tahun.
Kami berpendapat dalam menyelesaikan krisis nasional hari ini, semua pihak harus kembali ke kerangka kerja GERAKAN REFORMASI yang lebih besar yang ditekankan dalam Deklarasi Permatang Pauh (1998).
Kami ingin menyeru semua pihak sama ada parti politik, NGO masyarakat sivil, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain untuk memperkuat pemahaman mereka dalam memperkasakan agenda dan kesejahteraan rakyat, menjaga kestabilan politik, memperkuat keselamatan negara dan menghidupkan semula ekonomi yang terjejas oleh wabak COVID 19.
MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden,
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT).
Presiden,
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT).
DR BADRUL AMIN
Pengerusi,
Pro98 Reformis.
Pengerusi,
Pro98 Reformis.
DR IDRIS AHMAD
Pengerusi,
Otai Reformis.
Pengerusi,
Otai Reformis.
FARIS MUSA
Penyelaras,
Jingga 13.
Penyelaras,
Jingga 13.
KHAIRUL ANUAR OTHMAN,
Presiden,
ARM.
Presiden,
ARM.
AZIZAN MEMALI
Presiden
Gerakan Reformasi Veteran ATM(GRVATM)
Presiden
Gerakan Reformasi Veteran ATM(GRVATM)