Bersatu hilang air muka digesa bubar, masuk Umno
Seruan Buat Shbt2ku ahli Bawahan PPBM !!!!!!!!!
Sepanjang 22 bulan bersama dalam PH aku kenal ramai ahli bawahan PPBM dulu yang mmg ikhlas menolak UMNO dan sanggup merisikokan diri mereka pada waktu itu untuk bersama parti baru PPBM yg pada waktu awal penubuhan masih tidak menentu masa depannya.
Apabila PPBM berkocak awal tahun ini, aku juga tahu tidak sedikit ahli PPBM bawahan ini yang keliru, kecewa, frust dan bermacam2 lagi perasaan yang bercampur aduk. Aku bersahabat baik dgn beberapa pimpinan bahagian/cawangan. Aku memerhatikan gelagat mereka, ada yang memilih untuk hanya berdiam diri.
Skrg segelintir pimpinan PPBM di peringkat nasional sedang menikmati laba hasil pengkhianatan mereka terhadap perjuangan yang mereka sendiri mulakan lebih 2 tahun lalu…laba sementara..???
Walaupun mungkin tak ramai, dalam diam ada juga pimpinan pertengahan PPBM yg protes dgn pengkhianatan ini, namun mereka seolah hilang dahan untuk berpaut apabila Team TM semakin dipinggirkan oleh Team TSMY yg memegang kuasa.
Hari ini semakin terserlah betapa tindakan sebahagian besar MP PPBM yang diketuai TSMY mengkhianati PH itu seolah2 memakan diri mereka sendiri.
Mereka bukan sahaja semakin hilang pedoman apabila team MN (PAS dan BN) semakin mula meminggirkan mereka dalam perkongsian percaturan politik selepas ini. Sehari dua ini kita dihidangkan oleh betapa rakusnya UMNO mula menunjukkan taring membuli dan membaham PPBM dan kerabat mereka.
Sememangnya kita sedar bahawa perancangan Allah semestinya yg terbaik, kesilapan sekali dr mulut YB Dr Latiff telah dijadikan modal oleh seluruh pemimpin UMNO untuk menghentam PPBM siang dan malam. Walau hamba Allah itu memohon maaf dgn penuh kerendahan diri, UMNO langsung tiada perasaan belas…PPBM terus dibuli dan dilanyak semahunya…
Hari ini Pengerusi UMNO Perak mengeluarkan kenyataan yang bagi aku 10x ganda merendahkan PPBM apabila beliau mencadangkan bukan sahaja PPBM sebuah negeri (sbb Dr Latiff hanya cuit UMNO Sabah) tapi PPBM keseluruhannya diBUBARKAN dan seluruh ahli PPBM menyertai UMNO… Tak dapat aku bayang kat mana TSMY nak letak air muka beliau selaku org no 1 PPBM waktu ini. Belum sepatah kenyataan keluar dari mulut beliau (TSMY) meredakan kerakusan UMNO ini.
Pemimpin nasional PPBM yang lain pun seolah2 terkunci mulut dari memberi respon balas kenyataan besar diri Dato’ Shaarani itu (mungkin akan ada lepas ini), namun aku percaya pemimpin2 PPBM yg sedang menikmati laba hasil pengkhianatan mereka skrg x akan mampu buka mulut sebab bimbang kerusi mereka pula bakal di ambil kembali oleh UMNO.
Itulah nasib pengkhianat. Sekali mereka mengkhianati rakyat…10x mereka akan dikhianati..oleh siapa..?? Allah Maha Tahu….
Maka, dengan penuh semangat kesetiakawanan aku ingin menyeru mengajak seluruh shbt2 aku ahli2 PPBM sekelian di kampung2…sedarlah akan hakikat ini…jgn biarkan diri kita dan kesetiaaan kita untuk melihat pengislahan berlaku dalam negara ini dicabul oleh segelintir pemimpin yang tamakkan kuasa dan kemewahan dunia ini.
Kita ada harga diri..harga perjuangan kita tidaklah semurah yang boleh digadaikan untuk menyokong pengkhianatan mereka.
Buatlah keputusan bijak hari ini sementara belum terlambat. Gembeling tenaga dan kepakaran kamu sekelian bersama shbt2 dalam PH untuk terus berusaha mengembalikan kerajaan mandat rakyat samada dalam waktu terdekat ini mahupun dalam PRU15 ini.
Pasti masih ada sinar untuk perjuangan REFORMASI ini.
Dak Oren Pmtg Pauh.