Rahsia Tun Dr.Mahathir Muhamad kekal berkuasa selama 24 tahun



Ketika Dr.Mahathir berada di puncak kuasa sekitar tahun 1997, saya telah menghadiri bengkel politik, bagi membincangkan isu-isu politik semasa pada ketika ini.

Saya tertarik dengan pembentangan dari seorang pensyarah sains politik dari UM. Pensyarah tersebut membicarakan berkenaan rahsia Tun Dr.Mahathir boleh kekal lama dalam politik. Menurut pensyarah tersebut strategi Dr.Mahathir mudah difahami, gunakan kekuatan orang lain dan pecah belahkan orang bawah.

Ketika Dr.Mahathir naik menjadi Perdana Menteri, beliau telah menggunakan kekuatan naib-naib presiden UMNO ketika itu. Antaranya Dato' Haron Idris untuk sokongan melayu, Dato' Wan Mokhtar untuk sokongan ulama dan Tan Sri Ghazali Hamzah.

Dalam masa yang sama Dr.Mahathir membiarkan orang nombor duanya bergolak dengan membiarkan Dato' Musa Hitam (kini Tun) berlawan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Dengan isu kedudukan Dr.Mahathir akan terus selamat dan orang bawah sentiasa bergantung kepada Dr Mahathir.

Apabila Dato' Musa Hitam bertambah kuat menguasai UMNO. Dr.Mahathir telah menekan Dato' Musa Hitam dan membiarkan merajuk dan seterusnya meletakkan jawatan dalam UMNO dan dalam kabinet. Hingga sekarang tidak siapa tahu kenapa Dato' Musa Hitam meletakkan jawatan secara mengejut.

Bila berlaku pergolakkan dalam UMNO tahun 1987, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan Tun Gafar Baba dan Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagai tapak sokongan. Pergolakkan hebat ini berlaku dalam UMNO hingga wujud Team A dan Team B. Team A di bawah kepimpinan Dr. Mahathir dan Team B di bawah kepimpinan Tengku Razalegh Hamzah. Hinggalah akhirnya UMNO di bawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan UMNO di haramkan pada tahun 1988. Dr.Mahathir membiarkan UMNO di haramkan dan menubuhkan UMNO baharu dan inilah kesempatan terbaik untuk menghapuskan musuh-musuh politiknya dalam UMNO.


Dalam UMNO baharu, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan dari Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bila kekuatan Anwar Ibrahim terus meningkat dalam UMNO hingga boleh mencabar kekuasannya.

Dr.Mahathir telah memecat Dato Sri Anwar Ibrahim dari UMNO dan seluruh jawatan politiknya. Ekoran dari isu ini, lahir gerakan reformasi rakyat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim untuk menegakkan keadilan dalam pentadbiran negara.

Dr.Mahathir diam seketika sewaktu Tun Dato Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. ketika terdapat “arahan” mengurangkan liputan media terhadap Dr.Mahathir. Dr.Mahathir kembali aktif dalam politik sebelum pilihan raya umum ke-14 dengan tertubuhnya parti Bersatu. Sekali lagi, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan PKR, Amanah dan DAP untuk naik berkuasa. Oleh kerana kepimpinan PH tidak begitu yakin untuk menang dalam PRU ke -14, mereka bergantung dengan Dr Mahathir untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Sebaik sahaj Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, Dr.Mahathir telah memecah belah PKR dengan memberi ruang kepada Dato' Sri Azmin selaku Timbalan Presiden PKR berbanding Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Bahkan perlantikan menteri kabinet Dr. Mahathir tidak merujuk kepada PKR. Selaku parti terkuat dalam komponen PH, akhirnya PKR berpecah ada pihak menyokong Azmin dan sebahagian besar terus bersama Presiden Parti Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kini Dr.Mahathir hendak kembali berkuasa untuk menjadi Perrdana Menteri. Ini telah menyebabkan PH pula berpecah ada yang bersetuju untuk Dr.Mahathir kembali berkuasa. Srmentara PKR mahukan Presiden parti Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Inilah kekuatan Dr.Mahathir untuk terus berkuasa menggunakan kekuatan orang lain dan memecah belahkan orang bawah, menjadikan orang terus bergantung kepadanya

YB Senator Dr Yaakob Sapari
Ahli Dewan Negara