SIAPA YANG TIDAK BERMINAT AMBIL ALIH KERAJAAN?



Pakatan Harapan atau PH seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, ia susulan keputusan PKR yang mahu Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, tidak sependapat dengan sesetengah pihak dalam PH sendiri.
Sesetengah pihak dalam PH bersetuju dengan idea Tun Mahathir dijadikan Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan dan Anwar akan menggantikannya selepas itu.
PKR bagaimanapun menolak idea itu kerana meragui Tun Mahathir akan benar-benar menunaikan janji tersebut.
Faktor lain ialah kerana Tun Mahathir tidak mempunyai parti dan dengan itu beliau bukanlah anggota rasmi PH.
“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju.
“Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia.
“Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan.
“Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan Muhyiddin Yassin,” kata Tun Mahathir lagi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketikma ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Bersatu Langkawi, malam tadi.
Siapa yang sebenarnya tak berminat mahu ambil alih kerajaan?
Oleh kerana Anwar tak setuju untuk mencalonkan dirinya, maka Tun Mahathir menganggap seolah-olah PH tak berminat mahu ambil alih semula kerajaan.
Tetapi, bukankah Tun Mahathir juga tak setuju Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri?
Kenapa tidak dikata beliau juga tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan?
Apakah hanya apabila semua orang bersetuju mencalonkannya semula saja, biar pun ini adalah untuk kali yang ketiga beliau menjadi Perdana Menteri, barulah ia dianggap PH berminat untuk mengambil alih kerajaan?
Adakah pendirian dia semua betul, manakala pendirian orang lain semua salah?
Kah kah kah kah…..(Shahbudindotcom 21/06/2020)



No comments: