JANGAN KENA SEGAT DUA KALI


TINTA

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, termasuk Ahmad Zaidi Md Zharif, orang duduk, skrin dan dalam


2 tahun Sebelum PRU 14, dia tahu dah BN akan tumbang, (hasil risikan SB) dia mengendeng nak join PR (PAKATAN RAKYAT). Tapi dalam PR ada PAS, parti dihormati dan mendominasi..
Maka, dia tiup perbalahan...proksi - proksinya memainkan peranan sehingga hancurlah PAKATAN RAKYAT...tugasnya ketika itu agak mudah kerana ketiadaan DSAI (dipenjara) ATGNA (yg sudah meninggal dunia) dan mendiang Karpal singh.
Setelah hancurnya PR...
Muncullah PR 2.0 yg dijenamakan sebagai PH (Pakatan Harapan) dengan disertai parti komponen baru iaitu PPBM (parti dia) yg menggantikan tempat PAS walaupun AMANAH (Parti serpihan PAS) juga ada dalam gabungan PH,namun PPBM lebih mendominasi semirip dominasi PAS sebelum ini...
Taktik pecah dan perintah dia sekali lagi membuahkan hasil. Apa yg terjadi selepas itu telah pun menjadi sejarah.. Persengketaan pimpinan bekas komponen PR dan penyokong2 mereka berterusan hingga ke hari ini.
Kini, selepas PRU 14...setelah mandat yg diperolehi PH telah diperkosa oleh pengkhianatan, seperti 'de javu'... bibit - bibit 'Pecah dan Perintah' kembali dikeluarkan menjadi senjatanya. Riak - raut perpecahan Pakatan Rakyat dahulu, kini kembali menerjah Pakatan Harapan. Ironinya, walaupun kita masih tetap kehilangan ATGNA,, namun DSAI kini ada bersama kita.
Ayuh..cubalah pecahkan kami...
Senjata 'Pecah dan Perintah'mu tidak akan berhasil...
KECUALI, pemimpin - pemimpin kami masih alpa dan bodoh disengat kali kedua di lubang yg sama..
Kami sebagai rakyat dan penyokong nampak apa yg sedang berlaku, takkan kalian di atas sana langsung tidak menghidu..
Tepuk dada tepuk kepala..
Biar berfungsi bijak laksana...