PRK CHINI - KEADILAN TAKUT "NAGA CHINI? JAWAPAN BUAT "HANTU GIGI"



Tersiar di dalam Harakahdaily tulisan Roslan SMS yang merujuk kepada tulisan Hanisya atau lebih dikenali sebagai 'hantu gigi' yang mencabar Keadilan untuk bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti, jelas mereka cuba untuk melindungi kebaculan kerajaan pintu belakang yang telah merompak mandat rakyat.

Mereka mencabar Keadilan untuk bertanding di PRK Chini untuk menilai sokongan rakyat terhadap kerajaan pintu belakang.  Di mana lojiknya satu Dun boleh mewakili keseluruhan rakyat Malaysia?  Sekiranya kami bertanding di PRK Chini dan menang sekalipun, kami sendiri tidak menganggap kemenangan itu sebagai suara keseluruhan rakyat Malaysia.  Andainya kami tewas sekalipun, itu bukan ukuran untuk menyatakan rakyat Malaysia menyokong kerajaan pintu belakang.  Saya tidak faham mengapa serendah itu pemikiran kedua-dua penulis berkenaan.
GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN TAJUK.SEKADAR HIASAN


Seharusnya mereka bertanya, mengapa kerajaan pintu belakang begitu takut dan gementar untuk mengadakan sidang Parlimen sejurus mereka merampas mandat rakyat?  Sidang Parlimen pertama di bawah kerajaan pintu belakang bermula hanya sekitar dua jam untuk Agong merasmikannya tanpa sebarang perbahasan atau usul.  Jika tidak kerana penakut dan tidak yakin dengan sokongan MP-MP mereka sendiri, apa lagi yang boleh kita katakan?  Parlimen adalah ukuran sokongan kepada sesebuah kerajaan, dan ternyata mereka takut untuk menghadapinya.

Meskipun hampir kesemua MP yang menyokong pengkhianatan itu telah mendapat 'upah' dari kerja jijik mereka, namun kerajaan pintu belakang ini masih tidak yakin dengan kekuatan mereka.

Suka saya ingatkan, Keadilan tidak pernah gentar untuk bertanding di mana sahaja.  Jika gergasi kleptokrasi pun dapat kami benamkan, apalah sangat dengan "naga chini"  atau "hantu gigi".

Keputusan samada Keadilan bertanding atau tidak di dalam PRK Chini tiada kaitan dengan mandat rakyat di persekutuan.  Dun Chini telah empat penggal berturut-turut Bn kuasai, meskipun di dalam PRU14 dahulu PH telah diberi mandat untuk menjadi kerajaan.  Ertinya, Chini tidak mempengaruhi keputusan keseluruhan di dalam PRU14.  Mengapa kali ini Chini mahu dianggap suara rakyat keseluruhannya?

Jangan berkokok di gelanggang yang salah, tetapi menikus di gelanggang sebenar.

WFAUZDIN NS

No comments: