MENJAWAB TITAH.. KERAJAAN PH MEMANG SENGAJA DIRUNTUHKAN.. BUKAN RUNTUH KERANA DR. MAHATHIR LETAK JAWATAN..


Saya berpendapat kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana perancangan dan langkah-langkah licik Middin. Sila baca:

1. Dr. Mahathir bukan suka-suka letak jawatan.. Dr. Mahathir letak jawatan kerana Middin dengan sokongan MPT bersetuju keluar PH dan join PN.

2. Sebagai pemimpin bermaruah.. Dr. Mahathir terpaksa letak jawatan.. jika dia tidak meletak jawatan.. maka jawatannya akan terlucut secara 'BY DEFAULT'..

3. Maksud 'BY DEFAULT' di sini  ialah bila Muhyiddin bawa BERSATU keluar PH.. Kerajaan PH collapsed.. BERSATU tak cukup kerusi untuk simple majoriti.

Jadi jawatan PM Dr. Mahathir akan terlucut.. ini amat MEMALUKAN.. Dr. Mahathir yang berpandangan jauh terpaksa letak jawatan dari terlucut jawatan dengan cara memalukan.. Semua ini tidak akan berlaku tanpa tindakan Muhyiddin.

3. Dr. Mahathir setelah meletak jawatan dilantik PM lnterim oleh YDPA. Dr. Mahathir sedang menyusun Cabinet Caretaker  Government.

Biasanya di Sweden.. Italy.. Israel.. Bangladesh dan banyak lagi negara di dunia.. Caretaker Govt. memerentah sehingga 500 hari. Bermakna.. sampai PRU15.

4. Jadi Dr. Mahathir sempat memerentah negara.. mengatur strategi mengukuhkan BERSATU termasuk menjemput PN menyertai BERSATU TANPA pemimpin-pemimpin KLRPTOKRASI UMNO.

5. Sepatutnya Muhyiddin memberi peluang Dr. Mahathir mentadbir negara dibawah CARETAKER FOVERNMENT. Malangnya..  sekali lagi Muhyiddin mengkhianati Dr. Mahathir.

6. Dia membuat representasi kepada YDP Agong bahawa dia mempunyai sokongan 114 MP untuk membentuk Kerajaan simple majoriti. Representasinya mendapat perkenan YDP Agong.

7. Pada hakikatnya dipercayai  114 tersebut termasuk 6 MP yang tidak menyokongnya seperti Dr. Mahathir.. Mukhriz.. Maszlee dan 3 yang lain. Seolah-olah ia satu MANUVEUR LICIK di pihak Muhyiddin.

8. Dr. Mahathir memohon membuat representasi kepada YDP Agong bahawa beliau ada sokongan majoriti tetapi YDP Agong tidak perkenan .
Maka Muhyiddin menjadi PM ke 8.. dan jelaslah Muhyiddin telah mengkhianati Dr. Mahathir untuk kali ketiga dan seterusnya hingga kini..

9. Jika Muhyiddin Yassin benar-benar jujur.. iaitu sebagai anak yang soleh seperti dia sendiri gambarkan:

i). Sebagai Presiden dia tidak melangkahi Pengerusi.. tanpa AGM/EGM dan mesyuarat MPT yang sah membuat keputusan keluar dari PH hingga meruntuhkan sebuah Kerajaan..

ii). Dia tidak akan mengkhianati perjanjian persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH).

iii). Merancang langkah Sheraton.. keluar PH.. membelakangkan keputusan Pengerusi parti.

iv). Mengenepikan matlamat perjuangan asal menumbangkan parti Kleptokrasi dan janji-janjinyanya tidak sesekali bersama UMNO.

v). Tidak sailang Tun semasa sedang berusaha membentuk Caretaker Government.

Kesimpulan nya.. Dr. Mahathir meletakkan jawatan kerana langkah-langkah Muhyiddin yang dianggap sebagai satu PENGKIANATAN.

Walaupun Dr. Mahathir letak jawatan.. beliau masih PM lnterim bakal memimpin Kerajaan Caretaker.. Masih boleh berkuasa tadbir negara.

Malangnya Muhyiddin telah sailang Dr. Mahathir dengan representasi MP nya kepada YDP Agong.

Walaupun Muhyiddin mendakwa cukup majoriti.. dia masih takut untuk mengadakan persidangan Parlimen.

Menangguh-nangguhkankan nya sehingga mungkin dapat sokongan tambahan dari MP's lain.

Jika Muhyiddin tidak melakukan langkah-langkah tersebut.. Dr. Mahathir masih PM hingga ke hari ini.

Jawatan MB-MB dan KM-KM PPBM  di Johor.. Melaka.. Kedah dan mungkin Perak tidak jatuh satu persatu kepada PAS dan UMNO.

Dan UMNO parti Kleptokrasi tidak akan kembali berkuasa.
Perkara bukan semudah menyalahkan Dr. Mahathir meletakkan jawatan tetap angkara pengkhianatan Muhyiddin dan langkah-langkah liciknya untuk jadi PM ke 8..


No comments: