MUNGKINKAH ATAP PERIKATAN NASIONAL DITEBUK DARI DALAM?






Adakah ini bermakna kedua gerombolan ini, UMNO dan GPS, telah menipu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dengan berpura-pura menyokong Muhyiddin, peneraju PN? Sementara itu Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi Perdana Menteri. Ini kerana beliau berang dengan tindakan Muhyiddin yang bekerjasama dengan BARISAN NASIONAL untuk mengambil alih tampok pemerintahan Malaysia. Dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu Tun Dr Mahathir menggelarkan para pemimpin UMNO sebagai 'pencuri' dan sebagainya. “Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

No comments: