MB TAK TAKUTKAH DIKATAKAN PENGKHIANAT?

MB tak takutkah dikatakan Pengkhianat oleh bekas MB dulu kerana difahamkan MB Selangor adalah pilihan hati MB dulu.

Ada segelintir Rakyat Selangor sendiri mengutarakan yang Selangor ini ada MB atau tidak?, selama YB menjadi MB Selangor ini.

Persoalan yang belum terjawab untuk Rakyat Selangor itu sendiri  kenapa semenjak YB menjadi MB Selangor banyak keistimewaan untuk Rakyat Selangor telah dihapuskan atau dimansuhkan dari mana pra syarat yang mengikuti Bantuan Kerajaan Selangor 2020 itu sendiri. Contoh insentif Skim Peduli Sihat dan sebagai nya ,atas arahan siapa MB mengambil keputusan itu?


Maaflah jika tulisan ini boleh dikatakan sedikit kasar tapi itulah perasaan apa bila harapan Rakyat telah dipermainkan oleh pengkhianat Politik itu sendiri.

Syukurlah jika MB Selangor berpendirian begini tidak mengikut bekas boss lama, tapi perlu diingatkan Rakyat Selangor akan pegang kata kata ini
“Saya akan bersama dengan dia (Azmin) selagi masih dalam parti, tetapi selepas dia meninggalkan parti, saya akan mengikuti jejak parti saja.

“Saya akan bersama PKR sejajar dengan janji saya dalam kempen pilihan raya umum (PRU14). I am a party man (saya orang parti),”

Ingatlah kita tidak sentiasa berada disudut selamat bila bila masa sahaja kita akan menjadi Rakyat biasa dibawah ini.



No comments: