TERKINI
SAIFUDDIN NASUTION SAMAN ZURAIDA
Malang makin bertimpa-timpa buat Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zuraida bukan hanya menerima surat tunjuk sebab atas salah laku disiplin, malah turut menerima surat saman darinya.
Saifuddin berkata, surat tunjuk sebab dikeluarkan Lembaga Disiplin parti, manakala surat saman dikeluarkan kerana mendakwa Zuraida mengeluarkan pertuduhan fitnah terhadap dirinya.
“Selain surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin, saya ada bagi satu lagi surat saman, surat itu dikeluarkan secara peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.
“(Surat saman itu mengandungi) ucapan dia yang mengandungi unsur pertuduhan dan fitnah terhadap saya, dan saya minta peguam saya untuk menghantar (surat saman),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di Putrajaya hari ini.
Zuraida berdepan hukuman berat sekiranya didapati bersalah kerana ucapannya semasa majlis makan malam pada 8 Disember 2019.