MENUNGGU JANJI PDRM SEBELUM TAHUN BARU.



Hari ini sudah 28hb Disember dan ini bermakna tahun 2019 hanya tinggal empat hari saja lagi.
Rabu ini tahun baru 2020 akan menjelang tiba.
Di sebalik siasatan kes “video Haziq” yang terlengah-lengah dan tertangguh-tangguh sejak lebih enam bulan, pihak polis baru-baru ini mengumumkan identiti sebenar lelaki dalam video itu akan dapat diketahui sebelum tibanya tahun baru.
Ini berikutan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, klip video tersebut sudah dihantar ke sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) untuk dianalisis.
“Polis telah pergi ke AS baru-baru ini, dan mereka sudah balik. Laporan analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Ditanya lebih lanjut bila keputusan tersebut akan diperolehi, Huzir menjawab: “PDRM sangat yakin sebelum hujung tahun.”
Aminnn….mudah-mudahan janji polis ini benar-benar menjadi kenyataan dan di ambang 2020 nanti akan selesai satu kemelut yang sudah berpanjangan dalam negara. (ShahbudinHusin 28/12/2019)

No comments: