*KENAPA PAS SOKONG MCA?*

Oleh : Mat Man

Ramai yg heran pasai apa PAS sokong MCA sdgkan Ridzuan Tee pun kata MCA adalah ultra kiasu yang lebih teruk daripada DAP. Malah yang menggambarkan pemimpin mcm beruk pun adalah MCA. Yang lantang tolak hudud pun MCA. Yang tentang tulisan Jawi pun MCA...   

1. Sebab MCA memusuhi Amanah yang juga PAS cukup marah. Hasil dari perasaan hasad dengki melihat kejayaan Amanah yang berjaya melahirkan beberapa Menteri maka PAS irihati kerana kalah PRU atas kebodohan sendiri. Umpama laki ceraikan bini cantik. Bila cerai, bini dapat laki lebih hensem dan kaya raya. Laki punyalah marah. Nak tunjuk kata dia pun laku juga terpaksalah nikah juga walau pun jadi pak sanggup. Maka PAS nikah dgn UMNO dan kenalah terima anak tirinya iaitu MCA walau pun anak tiri tu adalah penyangak yg anti Islam. 

2. Pulusss... Akaun UMNO telah dibekukan. Maka duit tak dak dah. Akaun PAS mmg xdak duit sbb tu dok tadah tin Milo rata ceruk. Hutang Harakah pun bayar x habih lagi. Akaun MCA tak terjejas. Itulah sumber untuk dapatkan duit. Tu sebab LGE tak bantu UTAR kerana tu institusi MCA. Buat apa dok bantu sebab MCA dah banyak duit. Jadi MCA sekarang jadi sumber kewangan untuk UMNO dan PAS menghadapi PH dlm sebarang pilihanraya, tak kiralah PRU atau PRK... 

3. Ni semua orang tau dah  Nak selamatkan diri drpd penjara Sg Buloh. Kedua-dua UMNO dan PAS terlibat dlm skandal 1MDB. Jadi dengan cara apa pun depa kena jatuhkan PH untuk selamatkan diri. Kalau puak UMNO masuk Sungai  Buluh nampak elok sangat tapi kalau lebai pun masuk Sg Buluh juga, maka habislah modai lebai PAS nak bagi kuliah kat masjid- sebab org dah tak percaya. Sampul tak sapa nak huluq dah. Pusat-pusat tahfiz ostad PAS pun kna tutuplah... Sapa nak hantaq ank mengaji dgn lebai penyangak? Teori ini semakin nyata dgn pendakwaan Nasha dgn 33 pertuduhan yg jijik.

Cerita2 lain tu ttg nak tunjuk UMPAS tak rasis, ttg nakkan non Muslim yg kurang ekstrem, nak tunjukkan setiakawan hanyalah alasan utk mengabui mata penyokong dan pendokong. Itu semua retorik semata2.

Kesian kat pengikut2 UMNO dan PAS yg kais pagi mkn petang dok bersungguh2 sokong pemimpin2 mereka yg korup. Sesal dahulu pendapatan... Sesal kemudian, lu pikirlah sendiri... 

HANGPA MESTI SETUJU NOOO... 

#celotehhalimcgupencen


No comments: