SIAPA PELAKU MIRIP AZMIN DI DALAM KES VIDEO SEMBURIT? RAKYAT TIDAK MAHU DIKECEWAKAN LAGI



Rakyat menantikan ketelusan PDRM.  Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020?  Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan rakan baik Najib itu.  

Dulu, rakan baik Najib iaitu Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung atas kes pembunuhan Altantuya,.  Waktu itu kita faham kerana ianya berlaku di era kerajaan yang Najib perintah.  Namun, paling mengecewakan jika seorang lagi kawan Najib iaitu Jho Low terlepas di waktu kita (kerajaan PH) yang mwmerintah negara ini.  

Reformasi ke atas institusi termasuk PDRM di bawah kerajaan PH sekarang nampaknya belum meyakinkan. Bagaimana dengan kesudahan siasatan kes video semburit?  Apakah cukup dengan jaminan PDRM untuk menyiasat dengan rapi sehingga terpaksa menggunakan alat 'pengesan bohong' terhadap kes yang diadu melibatkan Anwar Ibrahim maka PDRM telah dianggap telus?  

Sekiranya kes video semburit dapat diselesaikan dengan pantas sepertimana banyak kes mencuri, merompak, mencabul yang juga diperolehi bukti melalui CCTV, maka sewajarnya kes video semburit ini yang mempunyai bukti rakaman video, bukti melalui buku keluar masuk hotel dan juga hasil siasatan kepada individu yang mengaku terlibat iaitu Haziq, tentunya sudah cukup membantu pihak PDRM untuk menyelesaikan siasatan. 

Dijanjikan bahawa kes video semburit ini akan diketahui identitinya ssbelum hujung tahun ini.  Tinggal dua hari lagi bakal menjelang tahun baru.  PDRM ada masa dua hari lagi untuk mengkotakan janjinya.  Cukuplah janji untuk membawa Jho Low pulang telah menghampakan rakyat.  Jangan pula kali ini ada alasan lain.  

WFAUZDIN NS

No comments: