KENYATAAN MEDIA AMK KEDAH



Kenyataan Media
Isnin, 2hb Disember 2019

Jangan Biadap! Jika Sudah Hilang Kepercayaan Kepada Presiden, Tolong Keluar Dari Parti Keadilan Rakyat.

Merujuk kepada kenyataan Saudara Nazrin Idham Razali, Naib Ketua AMK Lembah Pantai yang mencadangkan usul undi tidak percaya kepada Presiden Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu kenyataan yang terlalu biadap.

Sepatutnya Saudara Nazrin harus mencadangkan usul undi tidak percaya dilakukan terhadap Timbalan Presiden Parti, Naib Presiden (Zuraidah), Timbalan Ketua AMK (Hilman) dan sesiapa sahaja yang tidak hadir ke Mesyuarat MPP kerana telah melanggar perlembagaan parti. Tohmahan Saudara Nazrin terhadap Presiden adalah terlalu kurang ajar dan biadap kerana beliau dilihat sengaja ingin mencari publisiti murahan menjelang Hari Kongres yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tuduhan beliau terhadap Presiden Parti bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim kini menumpukan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri yang akan datang juga adalah menunjukkan bahawa Saudara Nazrin masih tidak dapat menerima kenyataan atau beliau tidak tahu bahawa perjanjian bersama Parti Kompenan Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi PM ke 8. Perkara ini juga telah diulang berkali-kali oleh Tun Dr Mahathir. Jadi tuduhan bahawa Anwar ada agenda peribadi adalah satu tuduhan jahat.

Saudara Nazrin dan kawan-kawan perlu ingat, 20 tahun Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan dengan penuh cabaran dan dugaan. Dipimpin oleh seorang wanita yang sangat kuat dan tabah mengharungi segala ujian dan rintangan yang datang sehingga akhirnya berjaya membentuk kerajaan. Dalam masa yang sama kerusi PKR di dalam pentadbiran kerajaan adalah yang terbanyak. Ini menunjukkan bahawa Mantan Presiden PKR iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan pemimpin yang hebat. Maka tidak salah keputusan yang telah dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan untuk menjemput beliau bagi merasmikan Kongres AMK pada kali ini. Adakah Saudara Nazrin pernah merasa derita yang ditanggung oleh keluarga Presiden?Jangan kita lupa dan sombong apabila berjawatan tinggi hingga sanggup menjadi pengkhianat terhadap parti dan pemimpin.

Jika Saudara Nazrin Dan kawan-kawan sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden dan pimpinan parti, elok sangatlah Saudara Nazrin dan kawan-kawan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat dan mencari parti baru. Tidak perlu menjadi pengemis dalam Parti PKR dan mencari publisiti murahan. Mungkin Parti PKR sudah tidak sesuai dengan pengkhianat seperti Saudara Nazrin dan kawan-kawan yang dilihat sudah lari dari perjuangan asal dan Saudara Nazrin mungkin sudah lupa dgn perkataan serta laungan REFORMASI dan perjuangan untuk rakyat.

Akhir sekali saya mencadangkan lebih baik Saudara Nazrin memberi cadangan kepada Timbalan Presiden untuk menubuhkan parti sendiri. Jangan menjadi sampah dalam Parti Keadilan Rakyat.

Mohd Syauqi Bin Md Sahimi.
-Ketua Penerangan AMK Negeri Kedah
-Timb Ketua AMK Alor Setar

No comments: