*SELEPAS DISIASAT, AKHIRNYA KANTOILAH KARTEL DI SEBALIK TENDER KPM*



*SELEPAS DISIASAT, AKHIRNYA KANTOILAH KARTEL DI SEBALIK TENDER KPM*

Semalam kita dah dedahkan cerita sebenar macam mana kartel tender KPM ni buat kerja akhirnya kantoi.

Pagi tadi aku call orang KPM sembang lagi. Rupanya benda ni bukan mudah. Depa selama ni ingat menteri tak kacau sangat bab-bab tender ni. Lagipun open tender, jadi menteri tak kacau.

Yang depa lupa ni Malaysia Baru. Pegawai KPM sendiri tiba2 jadi bersemangat nak melawan rasuah ni. Depa ni la yang akhirnya buat keputusan betul pergi lapor ke Pej Menteri.

Ni la penjawat awam yang jadi hero. Tapi dia tak mau didedahkan nama. Takut family terancam. Tapi dia cerita macam mana puak2 ni manipulasikan sistem guna orang dalam.

Ceritanya 1 tender ni bernilai antara 50K-350K. Depa tengah pening sebab kalau bekukan tender, duit akan lebur gitu je la. Tapi kalau kita teruskan, mereka makan atas angin saja dah 10 juta.

Tempoh nilai tender ni pula selama 3 tahun. Sebab tu beriya sangat depa nak tender ni. Makan kenyang 3 tahun tuan2 siapa tak mau.

Untuk lepas masuk tender ni pula, semua syrikat kena tunjuk bank statement dan bank statement tu pula kena power nak bagi nampak syarikat tu kewangannya kukuh.

Tak mungkin benda ni rela dibiarkan. Duit rakyat, harus sampai kepada rakyat balik. Bukan kartel UMNO-BN.

*Bila siasat punya siasat, akhirnya kantoi yang depa semua bagi bank statement yang palsu. Maka bermulalah siri siasatan dalaman.*

Akhirnya, sekor biawak yang selama ni puas meratah telur ayam haram akhirnya dijumpai, iaitu bekas Adun Seberang Jaya.

Senarai tender MRSM yang dia dapat, semuanya dah ada bukti. Mengurut pegawai KPM, depa akan panggil SPRM untuk buat siasatan forensik kaw2 punya.

Sedap dia makan walaupun kerajaan dah bertukar. Takkan nak biar saja tuan2.

Bekukan tender ni baru permulaan tuan2. Bila siasatan forensik dijalankan, huh, segalanya akan terdedah.

Sorang demi sorang. Sampai habis satu kartel kita kantoikan.

Tungguuuuu

~mosabit on track