NAMA AZMIN TOP 5 UNTUK DIGUGURKAN.MASLEE MALIK NO 1




Baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad berkata, semua parti dalam PH telah bersetuju agar beliau melakukan rombakan kabinet dalam waktu yang sesuai.
Ia berikutan kritikan serta rungutan pelbagai pihak tentang prestasi sesetengah menteri yang dianggap lemah, tidak memuaskan dan kadangkala sengaja memperlihatkan kebodohan sendiri.
Mengatasi semua menteri yang tidak dikehendaki dan wajib ditukar itu, Mazlee Malik adalah berada di senarai paling atas sekali.
Beliau sebagai Menteri Pendidikan paling kerap menjadi bahan belasahan media berikutan beberapa isu yang diperkatakannya terlalu remeh serta tidak relevan untuk mengangkat mutu pendidikan negara.
Selain itu, Dr. Mazlee juga selalu terpalit dengan banyak isu lain seperti perlantikan Naib-Naib Canselor universiti, penggabungan UMT-Unisza dan sebagainya yang menyebabkan beliau terus dipertikaikan.
Tetapi, dalam sehari dua ini tiba-tiba saja muncul pelbagai pihak menyatakan sokongan kepada Dr. Mazlee agar terus dikekalkan dalam kabinet.
Antara yang muncul baru-baru ini menyatakan sokongan dan perlunya Dr. Mazlee terus dikekalkan ialah NUTP atau Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Semenanjung dan beberapa Naib Canselor universiti awam.
Mungkin selepas ini ada lagi yang turut tampil menyatakan sokongan yang serupa.
Ehhh…kenapa perkara ini berlaku?
Adakah Dr. Mazlee seperti dapat merasakan beliau bakal digugurkan?
Adakah semua ini talian hayat untuk menyelamatkan dirinya?
Soalnya, adakah Tun Mahathir termakan dengan taktik seperti ini? (ShahbudinHusin 27/11/2019)

No comments: