MENGAPA SEWAKTU HAZIQ DIPECAT MELALUI PROSES YANG SAMA, MEREKA DIAM MEMBISU?



Apabila Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan mengambil tindakan memecat Ketua AMK Sentubung, Sdr Haziq kerana membuat tuduhan  terbuka terhadap Azmin berkaitan isu rasuah, tiada seorang pun yang mempersoalkan tindakan parti? 

Parti memecat Sdr Haziq mengikut kaedah yang sama seperti parti memecat Ketua Cabang Bera, Sdr Zakaria.  Semua tahu Sdr Haziq dari Tim Azmin namun tindakan tetap diambil kerana tidak adil Haziq membuat tuduhan tanpa asas terhadap Azmin.  Parti tidak memecat Haziq kerana isu semburit yang beliau akui beliau bersama Azmin di dalam bilik di hotel Sandakan itu.  Isu semburit biar pihak Polis tentukan terlebih dahulu.

Sdr Zakaria dipecat kerana ada laporan dan surat dari pihak SPRM.  Meskipun SPRM akhirnya mengaku silap kerana tidak wajar menghantar surat itu kepada parti, namun sehingga kini SPRM masih mengekalkan isi kandungan dan fakta di dalam surat tersebut.  Maka, parti bertindak di atas kandungan dan laporan pihak SPRM itu.

Persoalannya, mengapa apabila Haziq dipecat, mereka yang kononnya menuntut keadilan untuk Sdr Zakaria sekarang membisu?  Adakah kerana mereka seronok Haziq dipecat sebab Haziq menuduh bos mereka?  Mengapa apabila proses yang sama dilakukan terhadap Sdr Zakaria,  baru mereka bersuara tentang keadilan?  

Jelas, parti telah bertindak dengan betul.  Sekarang kita tunggu apakah SPRM akan membuat 'U-Turn"?   Saya yakin Latheefa Koya seorang yang berintegriti. 

WFAUZDIN NS

No comments: