Bersorak sorai Pak Kaduk dan macai Pembangkang apabila diviralkan video bendera jalur gemilang "bintang bucu lima" dalam satu program persatuan sukan Taekwondo. Satu lagi "lauk" untuk mereka nak mainkan isu kononnya kerajaan PH ini macai Dap "komunis", fikir kepala otak mereka.
Tiba-tiba Pak Kaduk yang bahalol itu terkedu apabila kita menunjukkan kepada mereka bahawa bos persatuan Taekwondo tersebut seorang kuat MCA sejak berkurun, sahabat baik tok wakil Pak Kaduk sendiri di Tg Piai. Terbantut mereka untuk bermain dengan isu ini kerana jika mereka main juga, ibarat bermain dengan taik sendiri.
Bukan setakat itu saja, rupa-rupanya kejadian seperti itu telah lama berlaku iaitu sejak tahun 2011 iaitu di era kerajaan kleptokrasi atau keraaan penyamun lagi. Bezanya, waktu itu mereka tidak bertindak kerana masing-masing buta mata kerana dipenuhi dedak Najib. Peristiwa memalukan itu hanya terbongkar di bawah kerajaan PH. Syabas, kerajaan PH teris bertindak tegas dan polis telah membuka fail siasatan bahkan kita telah memaksa kesemua pihak yang terlibat tunduk bongkok mohon maaf. Mohon maaf isu lain, tindakan tegas patut diambil.
Aku yakin, kalau di era kerajaan kleptokrasi peristiwa seperti ini akan terus terbiar. Maklumlah, kerajaan mereka dahulu siap buat konvensyen dengan parti komunis China. Kisah ini, lebai tahu tapi mulut lebai pun dipenuhi dedak syarie.
WFAUZDIN NS