Program Food Bank akan diperluas – Saifuddin
Sebagai usaha meringankan beban pelajar, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ke semua universiti.
Terbahru, Universiti Utara Malaysia di Sintok disenaraikan sebagai salah satu Universiti terlibat dan sekaligus menjadi pusat pengajian tinggi ke-13 menyertai inisiatif itu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyalurkan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan.
“Di sini model ‘food pantry’ di mana kita menerima daripada penaja-penaja dari syarikat. Pihak universiti telah mengenal pasti 350 penaja yang akan dapat manfaat pada program ini yang akan diurus sendiri oleh majlis perwakilan pelajar.
“Mereka ikut serta dalam semangat kesukarelawan bagi melegakan sedikit rakan rakan siswa,” katanya.
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan proram itu semalam.
Setiausaha Agong KEADILAN itu turut menjelaskan, sebagai permulaan pada program itu, seramai 300 pelajar UUM dikenal pasti layak.
Setakat ini tambahnya, seramai 3,829 pelajar telah menerima manfaat itu di seluruh negara. – RF8 Media