Semua nak politik, ini majlis mengaji, solat – Anwar



By

Foto: ANWAR IBRAHIM
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, dalaman
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir dan selawat serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah malam ini di kediamannya merupakan rutin yang diadakan setiap minggu sejak enam bulan lalu.
Justeru Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tiada isu yang perlu dipolitikkan kerana ia melibatkan majlis keagamaan.
“Saya tiada mahu komen. Tiada apa-apa. Saya buat majlis ini setiap minggu malam Isnin sejak enam bulan lalu. Tiada isu pun.




“Saya tidak faham semua hendak dipolitik. Ini majlis mengaji dan solat. Nak datang boleh, jemput makan serta boleh solat sekali,” katanya kepada pihak media dalam nada kurang senang di luar kediamannya di sini.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Anwar yang agak emosi tiba-tiba meminta pihak media jangan merakam kenyataan itu sebelum nadanya kembali menjadi lembut.
Beliau diminta mengulas majlis tersebut yang dikatakan menyaingi majlis doa kesyukuran membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang turut diadakan malam ini.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang ramai dan dalaman
Sementara itu, lebih 300 tetamu menghadiri majlis bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah itu yang sebelum ini menimbulkan pelbagai dakwaan liar.
Dalam pada itu, program rumah Anwar bermula sejak pukul 7 petang tadi itu dengan bacaan zikir dan selawat sebelum diteruskan solat Maghrib dan bacaan surah Yasin sebelum dihabiskan dengan solat Isyak.

No comments: