OLEH: Mat Zahari Ali
Pemukiman PKR di PD yang diadakan sejak jumaat lalu adalah platfom terbaik untuk bolehkan Anwar-Azmin selesaikan polimik perselisihan secara terbuka dan harmoni. Sekali gus meleraikan kebimbangan rakyat dan ahli berhubung isu yang sedang berkisar.
Menurut SUA, 120 dari 140 perwakilan hadir. Malangnya watak utama yang menjadi tunggak penyelesaian masih menyepi dan tidak hadir. Dengan mengambil anggap berbaik sangka, mungkin ada tugasan penting yang perlu didahulukan.
Andai Azmin ada tugas yang lebih penting berbanding menghadirkan diri dipermukiman ini yang sekali gus menjernih dan boleh selesaikan krisis yang sedang bersimpang siur ini, rasanya ahli parti mempunyai pandangannya tersendiri berhubung sikap Azmin ini. Tidak perlu untuk disebut kerana akan dianggap boleh mengeruhkan keadaan.
Atau Azmin perlu mengantar orang suruhan terlbih dulu bagi meletakkan prasyarat sebelum beliau menghadirkan diri.
Ulama berkata, untuk menilai adab dan akhlak seseorang ialah ketika ia diberi kuasa dan kekayaan.
Jiwa besar Anwar yang sanggup melunturkn nada, mendengar dan mengamati prasyarat yang dilampirkan seharusnya dihormati.
Pemukiman PD adalah garis pengukur usaha menyatukan pandangan dan kekuatan parti yang perlu di hormati. Oleh itu hormati parti dan kepimpinannya..
Rakyat dan ahli dibawah sedang perhatikan kamu kerana kami adalah mata, telinga, tenaga dan minda yang akan corakkan parti dan pimpinan kami dimasa depaan. Mereka yang sombong dan bongkak kami tolak dan tidak layak disisi kami.