RUPANYA AZMIN TAHU SIAPA DALANG VIDEO SEMBURIT DAN MESTI TAHU SIAPA PASANGAN HAZIQ, MUNGKIN BOLEH BANTU KPN


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan teks


Malam tadi, dua program berlangsung di dua tempat tokoh utama KEADILAN. Program serentak itu berlangsung di kediaman sendiri DSAI, Presiden KEADILAN dan satu lagi di kediaman resmi MB Selangor di mana Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali 'host' utamanya.

Di Bukit Segambut, program salawat dan zikir serta tazkirah agama memang setiap bulan diadakan oleh DSAI. Malam tadi, program diisi seperti biasa, tiada ceramah politik jauh sekali bercerita pasal Semburit.
Menariknya di kediaman resmi kerajaan iaitu kediaman resmi MB Selangor, lokasi ini digunakan bukan sahaja untuk solat dan berdoa, bahkan turut menampilkan pemidato hebat Azmin Ali. Beliau banyak 'bertazkirah" tentang dirinya dan perjuangannya. Baca sejarah diri sendiri yang baik-baik kecuali mungkin beliau terlupa mahu baca sejarah keluarga dan adik beradiknya serta hubungan beliau adik beradik. Sesekali nama Anwar disentuh, disebut beberapa orang yang kononnya 'bekas orang kuat' Anwar yang kini berada dalam majlisnya. Apa kaitannya majlis itu untuk kaitkan Anwar?
Tazkirah yang banyak berkisar tentang semburit itu dihadiri juga oleh beberapa pimpinan yang dua tiga hari lalu tidak dapat hadir Reatret KEADILAN di PD kerana mereka sibuk. Azmin secara terbuka menyatakan beliau kenal siapa dalang video semburit yang disahkan tulen itu. Jika beliau sudah tahu dan kenal siapa 'Pengarah" drama "Semburit Sandakan", sudah tentu dan pasti beliau lebih kenal siapa "pelakunnya" dan siapa "heroin" berpasangan dengan Haziq yang wajahnya mirip rupa beliau itu. Tentu beliau tahu.
Ini berita baik buat kita semua. Berita baik buat KPN yang masih gagal untuk kenal pasti "pelakun-pelakun" yang manco dan pasangannya yang lembut dan kekal tenang itu. KPN mungkin perlu jemput Azmin untuk bantu PDRM di dalam kes video Semburit yang semakin serabut ini. Hanya Azmin nampaknya yang boleh bantu isu semburit yang serabut sekarang. Penahanan Haziq dan Farhash dengan agak lama nampaknya tidak banyak membantu, begitu juga penahanan beberapa yang lain sebelum ini. Apa kata, PDRM cuba minta bantuan Azmin yang tahu siapa dalang itu untuk membantu dan sekaligus boleh bantu kenal siapa pasangan Haziq yang menyerupai Azmin tersebut.
Bak kata orang tua-tua, di dalam dunia ini ada tujuh orang muka yang serupa. Mungkin ada orang Sandakan yang sebiji sama dengan orang Gombak. Tidak mustahil.
WFAUZDIN NS

No comments: