xMGF12042019_GRAND-FINAL-PAKATAN16-681x453
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Dataran Metro Park Sendayan, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 12 APRIL 2019.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang tidak membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menerusi Twitternya, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, walau apa pun keputusan PRK itu, beliau berbangga kerana sudah melaksanakan kempen berdasarkan prinsip dan tidak menggunakan politik berasaskan kaum.
“Insya Allah PKR akan menang.
“Terima kasih kepada semua lelaki & wanita di atas tanah. Kami tahu mana pemimpin PKR yang membantu dan mana yang tidak,” ujarnya.
Dalam PRK itu, calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram adalah dari PKR.
Meskipun tidak menyebut secara khusus tetapi Streram sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen di sini.
Katanya, jika Perdana Menteri sudi untuk membantunya berkempen di Rantau, ia diharap akan meningkatkan lagi keyakinan pengundi kepada dirinya sebagai calon pilihan PKR.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak dapat menyertai kempen tersebut kerana jadualnya yang padat. – MG