“Hadi lagakan saya dengan Tun M untuk tutup isu RM90 juta”

OLEH NAZLI IBRAHIM
SEMENYIH, 27 FEB: PAS didakwa mengambil kesempatan melagakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menutup isu RM90 juta yang diterima daripada Umno.
Bagaimanapun, Anwar berkata, percubaan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak memberi kesan kepada hubungan baik beliau dan Dr Maharhir.

“Saya ambil keputusan, saya bagi sokongan penuh kepada Tun sebab tak mahu ganggu kerja dia tetapi Hadi kata, kononnya ada komplot nak jatuhkan Tun Mahathir, dalangnya Anwar.
“Apa ini, kamu Islam jangan fitnah orang, saya bukan orang yang begitu sebab kalau saya lawan, saya lawan betul, secara terang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, di Taman Sri Jenaris, di sini, malam tadi.
Katanya, sebelum ini Abdul Hadi mendakwa Dr Mahathir adalah seorang yang tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri sebelum mengubah pendiriannya dan melagakan kedua pihak.
“Saya nak nasihatkan kepada Haji Hadi, jangan main politik. Kalau ada bukti silakan,” katanya