Ahli Parlimen Kapar dakwa lanjutan CEP bukti Dr M enggan berundur




 | August 16, 2018
Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Dr Mahathir Mohamad pernah memberi bayangan hampir sama, apabila mengumumkan beliau akan terus menjadi perdana menteri jika rakyat masih memerlukannya.
Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan dibubarkan, walaupun pentadbiran PH akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa lanjutan perkhidmatan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Dr Mahathir pernah memberi bayangan hampir sama sebelum ini, apabila mengumumkan beliau akan terus memegang jawatan itu jika rakyat masih memerlukannya.
“Dr Mahathir sendiri bila nak berhenti? Bila nak serah jawatan? Ini perjanjian konsensus, tetapi hari ini beliau sambung (lanjut perkhidmatan) Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu jangka masa lagi.
“Maksudnya apa? Maksudnya tidak bersedia menyerahkan kepada Anwar jawatannya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan CEP tidak akan dibubarkan walaupun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.
Pengumuman itu bercanggah kenyataannya pada 12 Mei lalu yang CEP akan dibubabarkan selepas 100 hari pentadbiran PH.
Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir dalam lawatan ke Jepun ketika itu berkata, beliau akan terus menjadi perdana menteri, jika itu yang dikehendaki rakyat.









No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno