OLEH:: AL HUSSEYN
Hj Hadi meramalkan parti baru hanya akan bertahan paling lama 2 tahun.... |
Dulu dialah yang jadi tukang sembur ubat nyamuk, suruh segala macam parasit dan serangga keluar dari kelambunya dan suruh tubuh parti sendiri.Bila nyamuk-nyamuk dah habis semua keluar berterabur dari kelambunya, ingatkan Hj Hadi tentulah tidurnya aman dibuai mimpi indah semahunya...
Rupa-rupanya tidak juga! Hj Hadi semakin meracau diganggau oleh igauan ngeri dan mencemaskannya!Dia dah ngigau jadi Nujum Pak Belalang pula...
Hj Hadi kata, "kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.
“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi di sini
Katalah apa yang ko nak kata wahai Hj Hadi.Sebelum ini, pada 6 Sept 2014 kamu yang cabar depa ...
Hadi cabar kelompok PAS tubuh parti sendiri
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.
Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.
"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.
"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily. Baca lagi di sini