video: Pakatan capai konsensus dengan keputusan PAS hari ini, kata Setiausaha Agung PKR .


Para pemimpin PAS selepas mesyuarat jawatankuasa agung tentang isu menteri besar Selangor  berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.  


Para pemimpin PAS selepas mesyuarat jawatankuasa agung tentang isu menteri besar Selangor berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.

 PKR menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini dan menyifatkan kini Pakatan Rakyat sudah mencapai konsensus apabila PAS menamakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor di samping Mohamad Azmin Ali.

"Bagi saya Pakatan sudah mencapai konsensus apabila PAS mencadangkan Dr Wan Azizah kerana sebelum ini PKR dan DAP sudah mencalonkan beliau.

"Walaupun PAS juga namakan Azmin, ia masih tertakluk kepada pandangan PKR dan DAP kerana kedua-duanya hanya bersetuju dengan satu nama sahaja sebelum ini, iaitu Dr Wan Azizah," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada The Malaysian Insider.


Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat petang ini akan membuat keputusan mengenai cadangan PAS itu selepas DAP dan PKR membuat keputusan mereka. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat petang ini di sebuah hotel dekat Subang Jaya sebelum mengadakan sidang media kira-kira jam 6.30 petang ini.

Bagi Saifudin, keputusan PAS hari ini menamakan Dr Wan Azizah dan Azmin juga bermakna PAS menarik balik sokongannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberikan sebelum ini.
"Jadi Khalid tidak ada lagi legitimasi untuk terus kekal sebagai menteri besar," kata beliau.

Beliau juga berkata, keputusan 30 Adun Selangor termasuk dua dari PAS sebelum ini juga membuat keputusan yang sama. – 17 Ogos, 2014.


MENYUSUL LAGI

No comments: