- PRU: Saya perlukan masa, kata Najib
- Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau perlu membuktikan kepada rakyat terlebih dahulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya berjaya.
- Menurut PM lagi , beliau ingin melihat kejayaan proses transformasi berjalan.Bermakna kena tunggu gaji kakitangan kerajaan berjalan bulan Julai ini lah, baru nampak akan kesannya.Selagi krisis ini berjalan, berbagai peristiwa masih belum selesai, PM Najib akan biarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada April nanti,SPR akan mengambil alih selama 2 bulan.
1. Isu PI bala bukan mudah untuk dinafikan.
2. Kes Bapa Saifool Azlan yang membuat pengakuan dan akan meronda seluruh negara.
3. kenaikan gaji kakitangan awam Julai untuk menarik undi.
4. kes Lahad Datu memerlukan beberapa bulan untuk Melayu mudah lupa.
5. Di seluruh negara bendera Bn di pasang merata tempat. Seolah-olah hanya ada parti bn sahaja dalam MaLaysia ni.ini utk mengabui parti lawan.
6.,Jika Anwar Ibrahim di tangap, Apa kesannya ?......demontrasi dan darurat?
7.Akhirnya Bn menang lagi
CUBA BACA SUMBER INI.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga semua DUN dan parlimen dibubarkan,” kata satu sumber lain.
Sumber tersebut mengatakan empat negeri Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar akan membubarkan DUN pada waktu sama bagi memastikan pilihan raya umum dijalankan untuk semua negeri kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.
“Pilihan raya umum akan diadakan pada April, sama ada pada minggu kedua atau ketiga kerana BN yakin sokongan besar pada ketika itu,” tambah sumber tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia.