NAJIB GUNA MASA KECEDERAAN

 Oleh Daing Yahya

DALAM ramai-ramai Perdana Menteri di Malaysia, Najiblah yang paling lama memerintah tanpa mandat rakyat. Jika zaman Tun M, selepas sahaja beliau ditabal menggantikan Hussein Onn beliau terus panggil pilihan raya umum. Begitu juga dengan Pak Lah, mantan PM yang ditendang keluar oleh UMNO. Tak lama selepas naik takhta menggantikan Tun M, beliau terus bubar Parlimen untuk pastikan beliau kukuh dalam kuasa politiknya dan memang beliau berjaya pada 2004.

Tapi Najib, beliau dah naik singgahsana selama empat tahun tapi masih ragu-ragu nak bubarkan Parlimen. Kononnya beliau yakin sangat, dia ke hulu ke hilir mencanang bahawa beliau tiada masalah nak hadapi pilihan raya umum. Tapi nampaknya kata-kata beliau itu tak boleh pakai, kata berani tapi tak berani berdepan. Jemputan berdebat dengan Anwar pun sampai ke sudah tak menjadi.
Dalam ramai PM di Malaysia, Najib juga satu-satunya PM yang paling banyak menghabiskan duit secara tunai atas nama rakyat. Beliau kata kerajaan ada duit, ekonomi pun bagus. Dia beri bermacam-macam imbuhan tu atas alasan kerana nak membantu rakyat, tapi kita nak soal, adakah rakyat sedang susah dan terhimpit dengan segala macam bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi? Kalau ekonomi bagus, kenapa rakyat susah?

Nampaknya, kata-kata Najib ini tak boleh pakai sebab lain yang dikata, lain pula yang dibuat.
Dalam ramai-ramai PM di Malaysia, Najib jugalah satu-satunya PM yang terpaksa menggunakan khidmat perunding imej luar (APCO) untuk membantu menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Ini pelik kerana jika Najib berimej bersih dan suci, mengapa perlu menghabiskan puluhan juta untuk menaikkan imejnya?

Biasanya, orang yang guna khidmat perunding imej ni selalunya bermasalah dari segi ‘imej’nya. Kadangkala imej atau namanya buruk, ada trek rekod yang kotor atau ada masalah ketidakyakinan diri bila berdepan dengan rakyat. Jadi, adakah Najib mempunyai satu daripada masalah itu?
Nampak gayanya, sikap Najib ini tak boleh pakai. Lain yang diniatkan, lain pula yang dikerjakan.
Katanya lagi, Najib juga merupakan satu-satunya PM yang gagal mengawal tindak-tanduk isterinya dalam politik. Dulu, isteri PM, semuanya berperanan sebagai pengiring PM dalam setiap gerak-kerja politik tetapi isteri Najib lain pula kisahnya.

Katanya, setiap kali Rosmah menjalankan ‘tugasnya’ sebagai isteri PM, pengiring beliau melebihi pengiring PM. Apalah nak jadi dengan PM Najib ni. Kalau ikut budaya Melayu, suami yang tak tahu jaga kelakuan isteri, tu petanda dia ketua yang tak bagus. Tapi entah la, biar rakyat yang tentukan.
Kini, Najib nampak serba tak kena. Daripada sehari ke sehari tarikh PRU-13 yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Yang terlepas entah berapa kali. Sekarang, Najib terpaksa manfaatkan masa ‘kecederaan’ untuk memastikan suasana berpihak kepadanya sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.

Seperti main bola sepak, masa kecederaan ini sangat genting. Bagi pihak yang di depan, suka sangat tendang bola keluar garisan tepi. Tetapi bagi pasukan yang sedang ketinggalan, pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menagih ehsan pengadil untuk mendapat sepakan penalti.
Mereka akan guna pelbagai helah untuk menjatuhkan badan seolah-olah dikasari oleh pihak yang dah di depan. Kalau boleh, dia mahu pengadil sengaja memberikan kad merah untuk pemain lawan. Inilah taktik permainan bola sepak.

Adakalanya dalam politik, taktik sebegini akan digunakan, lebih-lebih lagi diwaktu ‘masa kecedaraan’. Kita berdoa moga-moga PR tak leka dan terlalu selesa dengan keadaan ini. Selagi wisel penamat belum berbunyi, pastikan bola sentiasa dikawal di kaki kita.-Roketkini.com



Print Friendly

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

(LIVE) Dr Mujahid: Jet Mewah, Iklan Judi, Kakitangan Awam Wakaf Gaji & T...