Pembangkang ragui undi pos petanda tak dapat rampas kerusi Bagan Pinang
Pembangkang sengaja membangkitkan isu undi pos polis dan tentera yang kononnya lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka bimbang tidak dapat merampas kerusi milik BN di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.Ini taktik dan petanda mereka tak dapat rampas kerusi yang BN menang dan akan pertahankan bersunguh-sungguh pada pilihan raya kecil kawasan itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .-
Bukan bimbang,tetapi dah tahu bahawa undi pos sememangnya tidak menyebelahi Pakatan Rakyat.namun seua ini tidak menjadi halangan kerana Umno hanya seronok dengan bayang-bayang sendiri.
Bukan juga taktik,bukan juga tidak mahu merampas, cuma biarkan rakyat memilih,dan bila rakyat memilih dengan jujur keputusannya telah menjadi 7-0.Maklumlah bebas mengundi tanp undi pos.
Ramai yang gusar.Bukan sekarang , tetapi sejak dulu.Mat Sabu pernah menyebut bahawa undi jakun sahaja yang buat undi pos di kem tentera dan menang semua undi.pelik kan.....