MAT TEMPE KENA LAGI


HE..HE..DEMO.....


“Setelah sesi dialog bersama kepimpinan kerajaan negeri, baru kami melihat pendekatan kerajaan negeri hendak bersama-sama penduduk.”Mengakui terdapat perbalahan dalam perbincangan Sabtu lalu, beliau berkata hubungan masyarakat Melayu-India di kawasan itu tidak terjejas.“Saya tidak salahkan 48 orang India yang menyokong (pembinaan kuil). Kalau tanya saya pasal masjid pun, takkan kami bantah,” katanya.Ramzi juga berkata, pihaknya bersyukur dengan cadangan tapak baru itu dan menyifatkannya sebagai “berkat bulan Ramadan”.



Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa bertindak tersebut, Shahril Mohd Nor pula berharap, masyarakat India menerima cadangan baru kerajaan negeri bagi menyelesaikan kes kontroversi itu segera.Tambahnya, pihak yang membuat laporan polis terhadap pendemo Sabtu lalu juga diminta menarik balik laporan yang dibuat dengan segera.





Untuk lebih 20 tahun, mereka dijanjikan penyelesaikan oleh kerajaan negeri janji itu tidak ditunaikan oleh Umno-BN.



Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka.



"Dari bapa ke anak, masalah tak selesai-selesai," katanya kepada Suara Keadilan, merujuk kepada Bekas Exco Selangor, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan bapanya, juga bekas Adun Batu Tiga. Kedua-dua wakil rakyat Umno itu menabur janji menyelesaikan masalah itu tetapi membiarkan ia berlarutan.



"Saya banyak kali berurusan dengan Ahmad Nawawi mahupun bapanya tapi keadaan sama saja. Ahmad Nawawi sendiri mengaku masalah kuil ini sudah ada sejak bapanya masih Adun," katanya.



Ismail berkata beliau sendiri tidak faham kegagalan pemimpin Umno menangani masalah itu ketika berkuasa dulu, kerana kesudian penganut Hindu untuk bersepakat mencari penyelesaian. "Pasti ada situasi menang-menang, asalkan jangan ada yang mahu mengambil kesempatan politik," katanya.



Beliau turut menyalahkan kepimpinan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang lalu sebagai punca masalah kerana kuil itu 'dipadamkan' dari pelan induk pembangunan kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Kuil Seksyen 18, M Vadiveloo berkata, mereka sedia berpindah ke lokasi lain tapi meminta supaya isu itu tidak dipolitikkan demi kelangsungan pemimpin politik tertentu.



"Kecoh-kecoh pasal kuil ini bukan pasal orang Melayu atau orang Islam tapi kerana orang politik masuk campur, jadi banyak masalah terjadi. Kita orang biasa boleh bincang baik-baik," katanya.