PENYOKONG BERHIMPUN TUNTUT KEADILAN KEMATIAN BENG HOCK

Penyokong berhimpun di stadium tuntut keadilam kematian Beng Hock
19/07/2009 7:23pm












PETALING JAYA 19 Julai – Lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini untuk menuntut keadilan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dalam perhimpunan itu, pihak penganjur turut mensasarkan kutipan 10,000 tandatangan sebagai satu petisyen kepada kerajaan.

Petisyen itu menuntut tiga perkara:

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja;

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka berhubung isu kematian Beng Hock.

Sementara itu menurut pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat menjadi marah kerana kematian Beng Hock dijadikan isu dan akhbar Umno memainkan peranan bagi mencetus isu perkauman.Dalam pada itu juga perhimpunan semalam menyaksikan akhbar tersebut di bakar penyokong kerana memutarbelitkan isu berhubung dengan kematian Beng Hock.

No comments: