ADAKAH SPRM BERSIFAT PERKAUMAN???

Beng Hock mati terjatuh
BANTING 18 Julai - Keputusan awal bedah siasat mendapati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis lalu disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.



Memanglah dah jatuh dari tempat tinggi....punca jatuh yang dipertikaikan sekarang ini......















Dariff Din salah seorang pembantu kepada ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa bahawa beliau di soalsiasat sejak 6 petang hingga 9 malam beberapa hari lepas berhubung peruntukan yang dikatakan disalahgunakan.Namun dalam soalsiasat itu, beliau mendakwa bahawa bukan peruntukan yang di persoalkan tetapi soalan mengenai kaum dan agama di bangkitkan."Saya di tanya apa bangsa saya kerana nama saya Melayu tetapi muka saya cina.Saya menjelaskan bahawa ayah saya Melayu dan ibu saya cina" demikian jelas Dariff lagi.Beliau di panggil dalam siasatan diatas kematian Beng Hock 30 tahun.





Mayat Beng Hock, 30, ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan plaza berkenaan oleh orang awam dalam keadaan terlangkup kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin.
Menurut laporan awal, Beng Hock yang dipanggil ke pejabat SPRM Selangor sejak pukul 5 petang Rabu lalu dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat suruhanjaya itu.
Mendiang merupakan setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah.



Dariff merupkan individu kedua yang mendakwa beliau ditanya mengenai status bangsa dan agama.Malah menurut beliau lagi soalan yang ditanya hanya mencangkupi soal agama dan bangsa beliau.Sebelum ini Tan Boon Wah Ahli Majlis Perbandaran Kajang membuat pengakuan sedemikian



Menurut Dariff lagi,beliau dibenarkan bebas berckap dan mendakwa terlihat Beng hock diiringi dibilik belakang pejabat SPRM .Beliau kemuiannya di temui mati sehari kemudian di luar banggunan tersebut.

No comments: