MARI MASUK SEKOLAH KERANA TAK PANDAI .....







"Kita nak sekolahkan semula ahli Umno demi menyelamatkan parti.Ahli kena masuk sekolah semula" demikian dipetik beliau sama ada secara serius atau jenaka.




Pemimpin UMNO akan ikuti kursus suntik semangat baru
Perhimpunan Agung Khas pinda perlembagaan 13 Oktober
Berhenti soal tindakan Jui Meng
Tidak bangkitkan sokongan terhadap pembangkang






Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dalam siaran berita menyedarkan ahli Umno agar terus bekerja kuat agar tidak terus mengalami kekalahan besar dalam pilihanraya ke 13 nanti.Oleh yang demikian semua ahli Umno termasuk Ketua Bahagian,Ketua Cawangan malah pegawai termasuk setiausaha kehormat 1 dan 2 juga turut hadir bagi menjamin kemenangan"Ahli Umno kena masuk sekolah" demikian jelas Tan Sri Muhyiddin lagi.


Umno dan ahlinya memang memerlukan sekolah bagi menyakinkan oprang Melayu bahawa semua ketua Bahagian dan ketua cawangan tidak lagi dikalangan orang yang berniaga kerana yang berniaga sebenarnya bukan bijak tetapi punca utama kepada kejatuhan Umno ialah peniaga yang tidak bijak tetapi tahu memutarbelitkan perniagaan dan mendapatkan lesen dan seterusnya menggunakan perniagaan dan kekayaan untuk membeli undi dikalangan yang juga kurang bijak.

"Malah ada dikalangan ahli Umno yang berniaga berkahwin 2 dan kemudiannya membiarkan isteri yang bekerja menguruskan semua makan minum tanpa memperdulikan keperluan isteri.Malah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk bertanding ketua bahagian demi perniagaan dan nafkah kepada isteri tidak dipedulikan" demikian jelas seorang penyokong yang enggan nama di kenali yang menyatakan bahawa memang wujud keadaan demikian di salah sebuah bahagian di Kedah di mana ianya berlaku.Malah sanggup berhabisan membeli undi bagi mendapatkan jawatan ,tetapi keperluan isteri tidak ditunaikan kerana berkahwin dengan isteri kedua yang bekerja.

Selain itu wujudnya berbagai tanggapan negatif dikalangan rakyat hari ini bahawa jika Bn bertanding ahli akan mendapat durian runtuh kerana memang inilah budaya yang dipikul oleh para ahli dan umumnya mengetahui bahawa Umno tidak dapat lari dari politik wang.

"Maka kerana itu dipihak lawan akan lawan bermati-matian kerana mengganggap duit ringgit mereka untuk hadir di mana-mana pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah duit sendiri dan bekerja bersunguh-sungguh berbanding ahli Umno yang dibayar dan datang bertujuan untuk bersuka ria" demikian jelas seorang lagi penyokong Umno yang melihat gelombang kebangkitan Umno tidak akan kemana jika di peringkat bahagian dan juga cawangan yang hampir tiada ahli, malah melantik ahli Umno yang sama yang adakalanya dikampung sendiri pun tidak bergaul dengan masyarakat dan orang bawahan.

No comments: